Wednesday, September 7, 2011

IBU TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN CHERAS MENINGGAL DUNIA PAGI INI

YAYASAN Pendidikan Cheras (YPC)  mengucapkan takziah kepada kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mahadi Haji Abdul Shukor di atas kembalinya ibu beliau ke rahmatullah awal pagi tadi.
Jenazah allahyarhamah di bawa daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) ke Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, Kuala Lumpur  kira-kira jam 10.30 untuk disembahyangkan.
Turut mengiringi jenazah berkenaan ialah Pengerusi YPC, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Haji Md. Nasir Ghani, Ketua Pemuda dan Puteri Bahagian, Tuan Syed Mehdhar Syed Abdullah dan Puan Sarina Sharif.
Jenazah dijadualkan akan dikebumikian di tanah perkuburan Islam Taman Datuk Keramat selepas solat zohor.
Sementara itu, Syed Ali mengucapkan takziah kepada Mahadi dan keluarganya dengan harapan mereka bersabar dan redha dengan ketentuan Illahi.
“Mereka tentunya bersedih kerana kehilangan ibu tersayang, bagaimanapun saya berharap mereka bersabar,” katanya.
Al-Fatihah ! semoga roh allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amim.