Tuesday, November 22, 2011

YPC RAI 217 PELAJAR 5A UPSR 2011 DAN JOHAN BADMINTON REMAJA DUNIA 2011

18 November 2011 - Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dan Persatuan Badminton Kuala Lumpur telah mengadakan majlis anugerah cemerlang UPSR 2011 dan meraikan  juara badminton remaja dunia 2011 pada 18 November 2011(Jumaat )  jam 10.30 pagi bertempat di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Kuala Lumpur.


 
Ini adalah kali kesebelas berturut-turut majlis anugerah cemerlang UPSR diadakan ( sejak  tahun 2001) bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mencapai keputusan ‘A’ dalam semua lima matapelajaran UPSR serta boleh dijadikan contoh atau ‘role model’ kepada pelajar-pelajar lain supaya mencapai kecemerlangan dalam bidang pelajaran.

Tetamu Kehormat pada majlis berkenaan ialah Dato’ Haji Khairil bin Awang iaitu Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Pengerusi  YPC iaitu Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dan Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur iaitu Dato’ Mohamad Norza bin Zakaria


 
Seramai 217 pelajar mencapai keputusan 5A dalam UPSR 2011. Mereka terdiri daripada 18 sekolah kebangsaan yang bernaung di bawah Sekolah Angkat Yayasan Pendidikan Cheras. Setiap pelajar cemerlang akan menerima baucher cenderahati premium Bank Simpanan Nasional yang bernilai RM 50.00, hadiah iringan dan sijil penghargaan YPC.

Empat (4) sekolah yang bernaung di bawah YPC terpilih untuk menerima anugerah cemerlang berdasarkan jumlah peratus pelajar yang mencapai keputusan ‘A’ dalam semua subjek UPSR seperti berikut :- 


 

KATEGORI SEKOLAH KAWALAN


TEMPAT PERTAMA  -   SK SERI BINTANG UTARA
     37.79 % (65 pelajar)
                                    ( Hadiah RM 1,000.00 dan sijil penghargaan )



TEMPAT KEDUA       -     SK SERI BINTANG SELATAN
    22.67 % (39 pelajar)
                                    ( Hadiah RM 750.00 dan sijil penghargaan )



KATEGORI SEKOLAH BUKAN KAWALAN


TEMPAT PERTAMA   -   SK JALAN PASAR 1
                                         20.00 % ( 4 pelajar)
                                    ( Hadiah RM 1,000.00 dan sijil penghargaan )


TEMPAT KEDUA        -   SK TAMAN MIDAH 1
                                         18.69 % (37 pelajar)
                                    ( Hadiah RM 750.00 dan sijil penghargaan)

 

Yayasan Pendidikan Cheras pada hari ini juga mengisytiharkan Zulfadli bin Zulkiffli iaitu pemain badminton perseorangan remaja negara sebagai IKON YPC. Zulfadli telah menjadi juara badminton remaja dunia 2011 yang berlangsung di Taiwan baru-baru ini dengan menewaskan pemain Denmark iaitu Viktor Axelsen 21-18, 9-21, 21-19.

Pengisytiharan Zulfadli Zulkiffli sebagai IKON YPC bertujuan supaya pelajar Sekolah-Sekolah Angkat YPC menjadikan Zulfadli sebagai ‘idola’ ataupun ‘role model’ untuk mencapai kejayaan dalam bidang sukan dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.