Friday, August 23, 2013

PROGRAM MENCINTAI RASUL PERINGKAT SEKOLAH- SEKOLAH ANGKAT YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS 2013

22  Jun 2013 – Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu(PPWBP) telah  menganjurkan program Mencintai Rasul Peringkat Sekolah – Sekolah Angkat Yayasan Pendidikan Cheras 2013 bertempat di Dewan Seminar Tingkat 4, Kolej YPC-ITWEB, Taman Maluri Cheras di rasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia YBhg Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud,
 Objektif utama program ini diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan  silaturahim di kalangan warga sekolah-sekolah angkat, meningkatkan  dan menghayati rasa kecintaan kepada Rasullah saw, juga  sempena menyambut ketibaan bulan yang mulia Ramadan al Mubarak.



   

Thursday, August 22, 2013

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2013 PELAJAR SEPARA CEMERLANG SEKOLAH-SEKOLAH ANGKAT YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS

Yayasan Pendidikan Cheras dan Biro Latihan dan Pendidikan Parlimen Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu (PPWBP) telah menganjurkan Program Motivasi Kecemerlangan UPSR 2013 Pelajar Separa Cemerlang Sekolah – Sekolah Angkat Yayasan Pendidikan Cheras sebanyak 17 buah sekolah dengan jumlah peserta seramai 195 orang yang berlangsung pada 19 dan 20 Jun 2013.
Fokus utama program adalah untuk memupuk minat pelajar separa cemerlang untuk menghadapi  UPSR dan memberi pendedahan kepada pelajar tersebut tentang teknik - teknik menjawab soalan UPSR bagi subjek seperti Bahasa Melayu(Penulisan dan Pemahaman), Matematik , Bahasa Inggeris dan Sains.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Biro Latihan Yayasan Pendidikan Cheras Tn. Haji Jamaluddin b. Abdullah bertempat di Kolej YPC-ITWEB Taman Maluri. 

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH WILAYAH BANGSAR DAN PUDU 2013


19 Jun 2013
Biro Pendidikan Parlimen Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu (PPWBP) telah menganjurkan pertandingan Bicara Berirama peringkat akhir Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah peringkat wilayah Bangsar dan Pudu.
yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu bertempat di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel.













PROGRAM MOTIVASI PEMIMPIN PELAJAR PERINGKAT MENENGAH 2013

Yayasan Pendidikan Cheras telah manganjurkan satu  Program Motivasi Pemimpin Pelajar peringkat Menengah dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu yang diadakan di Kolej Teknologi YPC-ITWEB, Taman Maluri pada 14 Mac 2013. 
Setiap sekolah dari Wilayah Pudu menghantar wakil seramai 5 orang dari Tingkatan 4 atau 5 yang terdiri dari pemimpin pelajar/ pengerusi kelab/PRS/ PSS. 
Tujuan atau objektif utama program tersebut adalah untuk mencungkil dan menggilap potensi kepimpinan serta dapat melakukan tugas sebagai pemimpin secara berkesan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Biro Latihan dan Pendidikan, Yayasan Pendidikan Cheras iaitu Tuan Haji Jamaluddin Abdullah.

Wednesday, August 21, 2013

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PMR 2012

23  Januari  2013 - Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menganjurkan Majlis Anugerah  Pelajar Cemerlang PMR 2012. Seramai 237 pelajar telah mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Majlis tersebut bertempat di SMK Convent Jalan Peel yang di sempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Y.Bhg. Encik Abdullah Bin Mad Yunus.

Datuk Seri Syed Ali dalam ucapannya menyeru kepada semua pelajar supaya lebih gigih lagi berusaha dan jangan jadikan alasan suasana atau faktor persekitaran sekolah sebagai halangan dalam mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran.

Sesi bergambar pelajar - pelajar bersama Pengarah Pelajaran Negeri Wialayah Persekutuan Kuala Lumpur