Tuesday, August 19, 2014

PROFESION GURU IBADAH TERTINGGI




Kerjaya guru bukan sahaja dite­rima sebagai ibadah tetapi lebih merupakan satu ibadah tertinggi daripada ibadah fardu kifayah yang lain, dan akan mendapat ganjaran yang tinggi daripada Allah, kata Habib Ali Zaenal Abidin.

Menurut pendakwah itu, segala usaha titik peluh dan pengorbanan guru akan memberikan kebaikan dan manfaat kepada orang lain, le­bih daripada untuk dirinya sendiri.

"Semua ilmu yang diperoleh akan dapat diperluas penyebaran dan penggunaannya bukan sahaja untuk tujuan ibadah fardu ain seper­ti solat, zakat dan sebagainya tetapi merangkumi ibadah fardu kifayah termasuk bidang kerjaya, antaranya perniagaan, kedoktoran, ekonomi dan politik," katanya.

Beliau berkata demikian dihadapan 300 pengetua, guru besar dan guru dari sekolah-sekolah Zon Bangsar dan Pudu Kuala Lumpur yang menghadiri ceramah anjuran Biro Pendidikan, Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di Kuala lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Al Habshee menegaskan, yayasan tidak hanya memberikan fokus kepada program akademik sahaja, dan ceramah agama ini merupakan satu pendekatan bersepadu yang dapat memberikan manfaat kepada guru.

“Profesyen Guru Sebagai Satu Ibadah sangat releven dengan sambutan Hari Guru tahun ini kerana dapat membentuk satu kefahaman dan kesepakatan di kalangan guru Islam untuk me­laksanakan tugas harian mereka dengan lebih yakin, terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur," ujarnya.

Objektif atau matlamat program ini adalah merupakan sokongan yang sangat padu oleh YPC kepada program sambutan hari guru zon Pudu dan Bangsar. Selain itu, juga untuk menerapkan dan memantapkan pengetahuan agama pada kalangan guru-guru dan juga mewujudkan suatu keinsafan dan ketakwaan terhadap kebesaran Allah SWT.


YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS TAJA 19,404 TUTOR UPSR UNTUK 18 SEKOLAH

     Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee bersama pelajar memegang akhbar Tutor selepas Majlis Perasmian Tajaan Tuotr 
      UPSR untuk Sekolah-Sekolah Aangkat YPC yang turut dihadiri Rosita Abu Bakar(bertudung merah)dan Wahid 
       Hashim(kiri) di kuala lumpur.


Kuala Lumpur 17 Jun - Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menaja sebanyak 19,404 naskhah Tutor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk diedarkan kepada murid di 18 sekolah rendah di kawasan Parlimen Cheras melibatkan 1,386 murid yang bakal menduduki peperiksaan tersebut pada September ini.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Al-Alhabshee berkata, penajaan itu adalah sebahagian daripada komitmen YPC yang menyasarkan kecemerlangan murid untuk mendapatkan keputusan 5A dalam UPSR.

"YPC sentiasa memberi perhatian kepada pendidikan anak-anak di Parlimen Cheras ini dan sedia menyalurkan pelbagai peruntukkan dalam membantu murid terutama yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.

"Oleh itu, diharap murid akan menggunakan Tutor ini sebagai bahan pelajaran tambahan untuk membantu mereka memantapkan teknik menjawab soalan peperiksaan bagi mendapatkan keputusan yang terbaik dalam UPSR 2014, katanya.

Baliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Tajaan Tutor UPSR untuk Sekolah -Sekolah Angkat YPC yang turut dihadiri Pengurus dan Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.

Tajaan naskhah Tutor UPSR berjumlah RM10,000 mulai edisi 22 itu diserahkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Jalan Peel, SK Jalan Peel, SK (P)Pudu 1,SK (P) Pudu 2, SK Yaakob Latif 1, SK Yaakob Latif 2, SK Taman Segar, SK Taman Midah 1, SK Taman Midah 2, dan SK (L) Jalan Batu.

Sekolah lain yang turut mendapat tajaan ialah SK Seri Cheras, Sk Seri Mega, SK Jalan Pasar 1, SK Jalan Pasar 2, SK Seri Bintang Selatan, SK Seri Bintang Utara, SK Hang Tuah 1 dan SK Hang Tuah 2.

Syed Ali berkata, pihaknya mahu murid menimba ilmu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas di samping menjadikan Tutor sebagai bahan rujukan di rumah.

Sementara itu Guru Besar SK Convent Jalan Peel,Pn.Rosita Abu Bakar berkata, penggunaan Tutor UPSR dapat membantu meningkatkan suasana pembelajaran dan persediaan murid menjelang peperiksaan UPSR September iin.

"Penggunaan Tutor akan menambahkan ilmu pengetahuan kepada murid di samping menimbulkan minat mereka untuk belajar dengan penggunaan akhbar dalam darjah.

"Saya percaya murid boleh memperbaiki kelemahan dalam mata pelajaran tertentu apabila menjadikan Tutor sebagai bahan rujukan berfaedah kepada mereka, katanya- petikan artikel utusan Malaysia-18/6/14

Monday, August 18, 2014

SEMINAR UPSR MANTAPKAN PERSEDIAAN PELAJAR SEKOLAH ANGKAT YPC







Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menganjurkan seminar khas untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada 250 calon peperiksaan itu daripada sekolah-sekolah angkatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Objektif utama seminar ini adalah untuk membimbing dan menbantu murid-murid sekolah angkat YPC yang terpilih memantapkan persediaan mereka untuk menduduki UPSR pada awal September 2014.

Dibawah bimbingan Guru Cemerlang yang berpengalaman, seminar ini fokus kepada subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Seminar ini merupakan kesinambungan kepada beberapa program kecemerlangnan yang telah dilaksanakan oleh YPC sejak awal tahun ini bagi meningkatkan pencapaian dan kejayaan murid serta prestasi sekolah-sekolah angkatnya dalam peperiksaan UPSR tahun 2014.

Mulai Jun lalu, YPC menaja akhbar pendidikan Tutor Utusan Malaysia kepada 1,350 murid tahun 6 sekolah- sekolah angkatnya bagi tempoh 12 minggu sehingga bermulanya peperiksaan UPSR. - artikel penuh utusan malaysia-18/8/14

Program Minat Sains dan Matematik Sekolah-Sekolah Angkat Peringkat Menengah

Program Minat Sains dan Matematik telah diadakan pada hari Rabu 5 Mac 2014 di Kolej YPC-iTWEB. Sebanyak 13 buah sekolah telah menyertai program tersebut. Sekolah-sekolah tersebut merupakan sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras dan sekolah jemputan. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan minat dan kefahaman murid sederhana dalam mata pelajaran sains dan matematik. Selain itu, program ini dapat melatih murid mencari informasi berguna ketika melibatkan diri dalam aktiviti sains dan matematik yang dijalankan. Di samping itu, murid juga akan mendapat pengalaman yang berharga untuk lebih mendalami ilmu sains dan matematik.