Tuesday, August 25, 2015

Seminar PIBG anjuran YPC memberi fokus kepada PBS dan KBAT sebagai satu transformasi

SERAMAI 300 orang ibu bapa dari sekolah-sekolah menengah dan rendah Wilayah Pudu, Kuala Lumpur telah menghadiri seminar PIBG anjuran Yayasan pendidikan Cheras(YPC) baru-baru ini. Objektif utama seminar ini ialah untuk memberikan pendedahan khusus kepada ibu bapa mengenai perubahan semasa yang berlaku dalam sistem pendidikan negara.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Satu Transformasi Dalam Sistem Pendidikan Negara merupakan tajuk yang dipilih oleh Biro Pendidikan YPC. Tajuk ini sangat relevan dengan perubahan semasa yang berlaku dalam sistem pendidikan hari ini dan ianya melibatkan sekolah secara langsung.
Dua Orang penceramah dari lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu Dr Rahimah bt Adam dan Ustaz Khalid Ahmad Dahalan telah berkongsi pengetahuan tentang tajuk tersebut dan berjaya menarik perhatian peserta seminar. Ramai ibu bapa yang tampil mengemukakan pelbagai soalan, malah mereka mahukan supaya program seperti ini diadakan selalu.
Menurut pengerusi YPC Datuk Seri Syed Ali Al Habshee, program yang dilaksanakan oleh YPC tidak tertumpu kepada warga guru sahaja, malah juga ibu bapa. Seminar tersebut merupakan suatu usaha yang diambil untuk mengurangkan keresahan ibu bapa mengenai pembelajaran anak-anak di sekolah.
“ kita ucapkan syabas dan tahniah kepada ibu bapa yang hadir, ianya menunjukkan satu rasa tanggungjawab tentang anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa tidak boleh menyerahkan anak-anak kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi mesti ada tannggungjawab bersama, jika ingin melihat anak-anak kita berjaya” tambah Syed Ali lagi.
Dalam ucapan penutupan seminar, Datin Hjh Nawal bt Salleh Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia memuji usaha yang dilaksanakan oleh Yayasan Pendidikan Cheras. Sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) ,YPC telah melakskanakan banyak program pendidikan yang memberi banyak kebaikan kepada semua.

“ Ibu bapa tidak perlu gusar dengan pelaksanaan PBS dan KBAT di peringkat sekolah, kerana ianya akan memberikan  impak yang baik dan sangat berguna untuk kejayaan anak-anak pada jangka masa panjang. KBAT boleh merangsang anak-anak untuk menjadi bijak berfikir” tambahnya lagi.

                            Peserta Seminar PIBG Wilayah Pudu Kuala lumpur anjuran Yayasan Pendidikan                                                                          Cheras sedang memberi tumpuan kepada ceramah yang sedang disampaikan

Monday, August 24, 2015

SEMINAR PIBG PERINGKAT MENENGAH & RENDAH WILAYAH PUDU

Yayasan Pendidikan Cheras telah berjaya menganjurkan Seminar PIBG peringkat menegah dan rendah wilayah Pudu pada 20 Ogos 2015 bertempat di Dewan Utama, Tingkat 4, Kolej YPC IT WEB, Taman Maluris Cheras, Para peserta terdiri daripada YDP PIBG ,  AJK PIBG dan juga ibu bapa serta guru-guru dari sekolah menengah dan rendah wilayah Pudu.Objektif atau matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada AJK PIBG mengenai perubahan- perubaham semasa yang berlaku dalam sistem pendidikan negara, khususnya berkaitan dengan peperiksaan dan penilaian yang berlaku di peringkat sekolah.   Selain itu, dalam seminar tersebut juga  disentuh juga perkara yang sangat penting ynng hangat diperkatakan pada masakini dikalangan ibupada iaitu “ PBS dan KBAT satu transformasi dalam sistem pendidikan Negara. Ibu bapa telah diberikan penerangan apa itu PBS dan juga KBAT. Seminar ini memberi impak yang sangat baik kepada ibubapa peringkat sekolah menengah dan rendah khususnyA wilayah Pudu,  Kuala Lumpur . Majlis penutupan rasmi telah dirasmikan oleh Pemgarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Datin Hajah Nawal binti Salleh, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee Yang merupakan Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras serta Hj, Ismail bin Musa , Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu dan Ketua Pegawai Eksekutif YPC  dan juga Pengerusi Biro Latihan dan Pendidikan YPC.




Friday, August 21, 2015

TUTOR PENUHI KEPERLUAN AKADEMIK


SYED ALI AL-HABSHEE (tengah) menyampaikan cek replika tajaan Tutor kepada Azmy Mohamed sambil diperhatikan Rosita Abu Bakar selepas majlis pelancaran tajaan akhbar itu di Sk Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Penggunaan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor memberi impak positif dalam pencapaian akademik murid terma­suk di sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) bermula sejak dua tahun lalu.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Jalan Peel, Rosita Abu Bakar berkata, Tutor amat bermanfaat kepada guru dan murid serta mampu menjadi bahan rujukan terbaik kepada murid terutama menjelang minggu terakhir peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) nanti.

“Banyak faedah menggunakan Tutor kerana akhbar pendidikan ini sarat dengan soalan latih tubi yang mengandungi elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan.

“Pendek kata, Tutor memenuhi keperluan murid dan guru cuma terpulang kepada kita sendiri untuk menggunakannya dengan cara yang terbaik dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyerahan tajaan Tutor kepada 18 sekolah angkat YPC di sekolah itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tajaan bernilai RM7,125 itu di­sampaikan oleh Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee kepada Penolong Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Azmy Mohamed.

Selama 10 minggu bermula edisi ke-26, Tutor tajaan YPC ini akan memberi manfaat kepada 1,425 calon UPSR di kawasan Parlimen Cheras.

Tutor merupakan instrumen soalan dalam konteks pentaksiran, yang itemnya dibangunkan mengikut format semasa dan terkini bagi setiap mata pelajaran.

Akhbar ini eksklusif untuk langganan sekolah pada harga 50 sen se­naskhah.

Selain SK Convent Jalan Peel, seko­lah lain yang menerima tajaan Tutor YPC ini ialah SK Seri Bintang Utara, SK Seri Bintang Selatan, SK Jalan Hang Tuah 1 dan 2, SK Perempuan Pudu 1 dan 2, SK Yaakob Latif 1 dan 2, SK Taman Segar, SK Taman Midah 1 dan 2, SK (Lelaki) Jalan Batu, SK Seri Cheras, SK Seri Mega, SK Jalan Pasar 1 dan 2.

Sementara itu, guru SK Seri Bintang Utara, Razdiah Bakar mengakui terdapat perubahan positif dalam pencapaian akademik sekolah ter­sebut berdasarkan keputus­an UPSR lalu.

“Penggunaan Tutor khususnya dalam kalangan murid tahun enam di sekolah amat baik dan memberi manfaat bukan sahaja kepada mereka malah lebih memudahkan guru kelas,” katanya

Thursday, August 20, 2015

PELANCARAN TUTOR UTUSAN UPSR 2015

Yayasan Pendidikan Cheras sekali lagi telah berjaya melaksanakan majlis pelancaran TUTOR Utusan Malaysia peringkat sekolah-sekolah angkat YPC pada 2 Julai 2015 bertempat di SK Convent Jalan Peel dan telah dirasmikan oleh Pengeusi YPC iaitu Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. Sebanyak 18 buah sekolah yang telah menerima penajaan majalah tersebut yang bermula pada 2 Julai sehingga September 2015.


KAUNSELOR TERAPI SENI

Pada 17 Jun 2015 Yayasan Pendidikan  Cheras telah menganjurkan seminar terapi seni kepada guru- guru kaunselor peringkat menengah. Kehadiran peserta adalah seramai 40 orang. Objektif utama seminar ini adalah untuk menerapkan kemahiran berkomunikasi dan pendekatan terhadap masalah yang dihadapi mangsa bencana dan lain-lain kes.






BENGKEL LINUS



Bengkel Linus telah diadakan pada 10 Jun 2015. Bengkel ini diadakan khusus kepada Guru-guru besar sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras yang dihadiri seramai 50 orang guru besar. Ini merupakan program yang dilaksanakan oleh Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu (PPWBP) dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras.Penyertaan adalah terdiri daaripada guru-guru sekolah rendah sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras. Dalam bengkel tersebut para guru didedahkan dengan objektif linus dan juga persoalan dan kerangka kajian serta masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam berdepan dengan pelajar-pelajar Linus ini.Program ini adalah terbaik kerana semua guru dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan masing-masing.











KURSUS PROTOKOL DAN ETIKA GURU BESAR

Program ini telah diadakan pada 4 Jun 2015 yang melibatkan semua Guru-guru Besar Wilayah Bangsar dan Pudu. Dalam program tersebut semua guru besar telah di dedahkan cara protokol dan etika sebagai seorang guru. Jumlah kehadiran adalah seramai 160 orang guru besar dari pelbagai aliran sekolah iaitu sekolah kebangsaan dan juga sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras. Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Jamaludin bi Abudullah iaitu Pengerusi Biro Latihan dan Pendidikan YPC.

                                             


KURSUS KBAT MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Kursus KBAT dalam Matematik peringkat menengah  telah diadakan dengan jayanya pada 27 Mei 2015 dan dihadiri oleh seramai 60 orang guru-guru subjek Matematik Tingkatan 1 Zon Bangsar dan Pudu. Tujuan kursus ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru tentang aplikasi KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik di sekolah.


KURSUS PENYELIAAN MODEL GROW

Kursus ini  telah diadakan pada 20 Mei 2015, bertempat Kolej YPC IT WEB. Kursus ini diadakan Khas untuk Penolong kanan Akademik dan Pentadbiran, dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar  dan  Pudu (PPWBP). Objektif kursus ini diadakan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai pengurusan sekolah yang cemerlang pada kalangan Penolong Kanan dan pentadbiran. Dalam kursus tersebut topik yang dibincangkan adalah topik PT3 dan PAJSK, UPSR dan SPM serta plan taktikal kurikulum. Kursus ini melibatkan seramai 160 orang guru penolong kanan akademik dan pentadbiran seluruh Bangsar dan Pudu yang terdiri daripada sekolah menengah dan rendah.

Wednesday, August 19, 2015

KEM TAHUN 6 SK SERI BINTANG SELATAN


Program telah diadakan pada 22 -23 April 2015 bertempat di Dewan Seminar Kolej YPC IT WEB yang dihadiri seramai 120 orang pelajar Sekolah Rendah Seri Bintang Utara. Dalam program tersebut pelajar-pelajar tahun 6 diberi pendedahan berkaitan dengan teknik menjawab peperiksaan UPSR serta cara untuk meramal sesuatu topik yang akan keluar.Majlis penutupan telah dihadiri oleh Pengerusi Biro Latihan dan Pendidikan YPC iaitu Tn.Hj.Jamaludin bin Abdullah dalam ucapan beliau menjelaskan program ini sangat sesuai dan sekolah yang lain perlu mengadakan program seperti ini agar pelajar dapat mengetahui cara yang betul teknik untuk menjawab soalan didlalam pepriksaan.


    

PROGRAM KEPIMPINAN MENENGAH




Pada 21 April 2015 telah YPC dengan kerjasama PPWBKL telah menganjurkan satu seminar yang melibatkan pemimpin disekolah seperti pegwas, ketua kelas, pegawasa pusat sumberikan pendedahan proses Kemahiran Berfikir Aras Tinggi  (KBAT) kepada semau peserta dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar dan juga badan-badan kepimpinan yang lain. Program ini telah dihadiri seramia 210 orang pelajar dari sekolah-sekolah Angkat Yayasan Pendidikan Cheras sendiri dan juga sekolah-sekolah yang dijemput khas sekitar Cheras.

PROGRAM KEPIMPINAN RENDAH






Pada 15 April 2015 telah diadakan satu seminar kepimpinan yang melibatkan pegawas, ketua kelas, pegawas pusat sumber dan badan kepimpinan yang lain telah diadakan bagi memberikan pendedahan proses Kemahiran Berfikir Aras Tinggi  (KBAT) kepada semua peserta dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar di sekolah. Dalam program tersebut difokuskan 3 ciri iaitu kepimpinan, pengurusan masa dan kerja berpasukan. Semua penceramah terdiri dari guru-guru kaunselor yang terlatih.