Monday, November 30, 2015

MAJLIS MESYUARAT GURU BESAR DAN PENGETUA WILAYAH BANGSAR PUDU

Pada 6 November 2015 Yayasan Pendidikan Cheras telah mengadakan kerjasama dengan Majlis Pebgetua dan Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan kursus Protokol dan Etika kepada Guru- guru besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penyertaan kursus tersebut adalah seramai 160 orang guru besar yang terdiri dari seklah angkat Yayasan Pendidkan Cheras serta wilayah persekutuan. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu iaitu Tuan Haji Ismail bin Musa serat Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan  Cheras, Mohd Ismail hj Mohd Nor dan juga Pengerusi Biro Latihan dan Pendidkan YPC Hj. Jamaludin bin Abdullah.



KURSUS PROTOKOL DAN ETIKA GURU- GURU BESAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Pada 4 November 2015 Yayasan Pendidikan Cheras telah mengadakan kerjasama dengan Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan kursus Protokol dan Etika kepada Guru- guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penyertaan kursus tersebut adalah seramai 250 orang guru besar yang terdiri dari sekolah angkat Yayasan Pendidkan Cheras serta Guru Besar wilayah persekutuan. Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan  Cheras, Mohd Ismail hj Mohd Nor, Pengerusi Persatuan Guru-guru Besar Wiayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Pengerusi Biro Latihan dan Pendidkan YPC Hj. Jamaludin bin Abdullah Objektif seminar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua guru-guru besar berkaitan etika berdepan dengan orang sekeliling dan suasana pentadbiran dipersekitaran sekolah.


SEMINAR PRINSIP PERAKAUNAN 2015

Pada 15 Oktober 2015, Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu telah menganjur satu seminar yang sangat bermanfaat kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mengambil subjek prinsip perakaunan. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah pelajar dari sekolah angkat dan juga beberaap buah sekolah sekitar cheras. Objektif utama diadakan seminar ini ialah untuk membantu  murid tingkatan 5 yang mengambil subjek Prinsip Akaun, membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan SPM akan diadakan pada bulan November 2015. Dengan adanya seminar seperti ini akan dapat membantu pelajar-pelajar lebih mendalami tentang prinsip akaun dan formula yang penting dalam subjek tersebut dari penceramah yang dijemput khusus yang pakar dalam subjek tersebut.


SEMINAR SPM 2015




Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur telah melaksanakan program tersebut dengan jayanya. Seminar ini telah diadakan pada 7 dan 8 Oktober 2015, telah dihadiri oleh pelajar yang bakal menghadapi SPM seramai 265 orang pelajar terdiri dari sekolah-sekolah angkat YPC dan juga sekolah sekitar cheras. Objektif utama seminar ini ialah untuk membantu murid tingkatan 5 membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan SPM yang akan diadakan pada bulan November 2015. Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Biro Latihan dan Pendidikan Yayasan Pendidikan Cheras iaitu Tuan Haji Jamaludin bin Abdullah.