Friday, December 11, 2015

KURSUS PERANCANGAN STRATEGIK KETUA PANITIA RENDAH

Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dengan  kerjasama Pejabar Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur (PPWBP KL) telah menganjurkan kursus perancangan Strategik kepada semua Ketua Panitia Sekolah-sekolah Angkat YPC dan juga sekolah wikayah Pudu. Sasaran utama kursus ini adalah unruk merancang plan staregik kurikulum dan panitia sekolah dari segi pembelajaran dan pengajaran yang lebih efektif dan berkesan kepada pelajar pada masa hadapan. Kursus ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Sekolah iaitu Pn.Sharimah binti Ramli. Penceramah dijemput khas dari Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pn Rosnani bniti Hj Md Pungot.



MESYUARAT AGONG JAWATANKUASA GURU BIMBINGAN & KAUNSELING SEKOLAH RENDAH WILAYAH PUDU 2015

Pada 16 November 2015, Yayasan Pendidkan Cheras telah mengadakan kerjasama dengan Jawatankuasa Guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah wilayah Pudu 2015. Mesyuarat tersebut telah dihadiri seramai 60 orang guru kaunseling wilayah pudu. Objektif mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh guru kaunseling dan cara untuk mengatasi dimasa akan datang.