Friday, September 23, 2016

BENGKEL EKONOMI ASAS DAN PERDAGANGAN SPM 2016



Pada 21 dan 22  September 2016, Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu (PPWBP)  telah menganjur satu seminar yang sangat bermanfaat kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mengambil subjek  perdagangan dan ekonomi asas. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah pelajar dari sekolah angkat dan juga pelajar dari beberapa buah sekolah yang dijemput oleh PPWBP sekitar cheras. Objektif utama diadakan seminar ini ialah untuk membantu  murid tingkatan 5 dalam subjek Ekonomi Asas dan Perdagangan meningkatkan persiapan bagi menghadapi peperiksaan SPM akan diadakan pada bulan November 2016. Untuk seminar kali ini jumlah penyertaan adalah seramai 310 orang pelajar yang mana terdiri daripada 12 buah sekolah angkat, dan 3 buah dari sekolah yang berhampiran dengan Yayasan Pendidikan Cheras iaitu SMK Cochrane, SMK Datok Lokman dan SMISTA dan juga Sekolah jemputan PPWBPKL.Seminar ini telah diadakan diKolej Antarabangsa YPC.

SEMINAR KECEMERLANGAN PT3 SIRI 4/2016

Seminar kecemerlangan PT3 yang  berlangsung selama dua hari iaitu pada 17 dan 18 Ogos  2016 bertempat Kolej Antarabangsa YPC. Seramai 250 orang pelajar tingkatan 3 daripada sekolah-sekolah  angkat YPC dan beberapa sekolah di sekitar seperti Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA), Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman  juga telah menghadiri seminar tersebut. Dalam seminar tersebut memberikan fokus kepada 4 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Penceramah adalah  terdiri daripada 4 orang guru cemerlang  bagi subjek berkenaan telah diundang untuk menjayakan seminar tersebut. Pelajar- pelajar dibimbing untuk memahami teknik belajar dan teknik menjawab soalan yang betul dan mudah untuk mendapat markah. Objektif  utama seminar ialah untuk membantu pelajar-pelajar sekolah angkat meningkatkan persediaan menghadapi peperiksaan PT3  pada bulan Oktober.




SEMINAR KECEMERLANGAN SEJARAH SPM

Pada 10 Ogos 2016 Yayasan Pendidikan Cheras  dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur telah menganjurkan Seminar Kecemerlangan  SPM bagi subjek sejarah. Objektif utama seminar ini ialah untuk membantu dan membimbing persediaan pelajar sekolah-sekolah angkat YPC bagi menghadapi peperiksaan SPM 2016. Bengkel ini adalah untuk persediaan pelajar dalam memahirkan teknik dan juga cara untuk menjawab kertas sejarah yang telah diperbaharui formatnya iaitu telah dibahagikan kepada 3 kertas yang terdiri daripada kertas 1 soalan objektif, kertas 2 soalan  subjektif dan esei dan kertas 3 soalan terbuka daripada buku teks. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu, Tuan Haji Ismail bin Musa. Jumlah pelajar  yang menyertai bengkel ini adalah seramai 250 orang daripada sekolah angkat dan juga sekolah disekitar Parlimen Cheras yang mana  bukan dari sekolah angkat seperti SMK Datok Lokman, SMK Cochrane dan juga Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA).


Friday, August 5, 2016

SEMINAR KECEMERLANGAN UPSR SIRI 4/2016


Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu (PPWBP) telah menganjurkan seminar kecemrlangan UPSR Siri 4 bagi tahun 2016. Dalam seminar yang diadakan selama dua (2), telah memfokuskan kepada beberape subjek seperti Sains, Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Objektif utama seminar ini adalah untuk membantu murid-murid tahun 6 mendalami format dan juga teknik menjawab peperiksaan serta fokus kepada silibus yang kerap ditanya didalam peperiksaan bagi persediaan menghadapi peperiksaan UPSR akan bermula pada 1 september 2016. Seminar ini telah dihadiri seramai 250 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah angkat YPC.


MAJLIS PELANCARAN TUTOR UTUSAN MALAYSIA EDISI KHAS UPSR 2016


Yayasan Pendidikan Cheras sekali lagi telah meneruskan usaha murni iaitu dengan menaja Akhbar  TUTOR Utusan Malaysia Edisi Khas UPSR 2016. Majlis Pelancaran telah diadakan pada 27 Jun 2016 bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara. Yayasan Pendidikan Cheras telah menaja seramai 1355 orang murid tahun 6 sekolah-sekolah angkat YPC sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Akhbar TUTOR Utusan Malaysia Edisi Khas UPSR akan dibekalkan selama 10 minggu kepada 18 Sekolah Angkat YPC.

MAJLIS JAMUAN MAKAN TENGHARI


Pada 24 Mei 2016 bertempat di Tingkat 14, Hotel Bejaya Times Square, Kuala Lumpur Yayasan Pendidikan Cheras dengan berbesar hati meraikan hari Guru bersama Mantan Pengetua/Guru Besar juga bersama Pengetua dan Guru Besar  Sekolah Angkat Yayasan Pendidikan Cheras bertemakan “ Erti Budi Kasih Bersemi” . Mantan Pengetua dan Guru Besar yang dijemput merupakan mereka yang pernah berkhidmat di sekolah- sekolah angkat Yayasan bermula tahun 2000 sehingga Mei 2016. Selain mantan YPC juga menjemput Pengetua dan guru besar yang masih berkhidmat di sekolah angkat YPC. Majlis  tersebut telah dirasmikan oleh Hajah Fuziah binti Buang, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hj. Ismail bin Musa Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu, Pn. Asiah  binti Husin, Timbalan Pengarah  Pelajaran Wilayah Keramat , Pn Rusni Ab.Jalil, Ketua Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan turut hadir sama adalah  Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation, Dato Hajah Zurainah binti Musa, Naib Ketua UMNO Bahagian  Cheras Datuk Mahadi b Abdul Shukor, Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee serta CEO YPC Encik Mohd Ismail Hj .Nor dan Pengerusi Biro Latihan dan Pendidikan YPC Tn.Hj Jamaludin bin Abdullah. Mantan Pengetua dan Guru besar yang hadir adalah seramai 141 orang. 











 

                                                                                                   







BENGKEL PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP GURU PRINSIP PERAKAUNAN


Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu telah menganjurkan satu bengkel pemantapan pedagogi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek prinsip perakaunan kepada guru sekolah menengah  peringkat wilayah bangsar dan pudu serta guru –guru daripada sekolah angkat  Yayasan Pendidiakn Cheras . Dalam bengkel tersebut guru- guru  telah didedahkan berkenaan silibus dan juga format peperiksaan yang terkini dalam subjek prinsip perakaunan. Program ini telah diadakan pada 24 Mei 2016.




SEMINAR KECEMERLANGAN SPM SIRI 1


Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjsama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu (PPWBP) telah menganjurkan satu seminar SPM siri 1 pada 21 April 2016 untuk pelajar – pelajar tingkatan 5 tahun 2016. Objektif seminar ialah untuk membantu murid-murid tingkatan 5 sekolah-sekolah angkat YPC membuat persiapan menghadapi peperiksaan SPM 2016. Antara fokus subjek untuk seminar ini adalah Bahasa Melayu 2 dan MAtematik Moden yang disertai seramai 250 orang pelajar. Dalam seminar tersebut pelajar di dedahkan tentang format peperiksaan dan juga cara untuk menjawab soalan dengan tepat mengikut kehendak atau memenuhi syarat standard yang tetapkan oleh bahagian peperiksaann Kementerian  Pelajaran Malaysia.




SEMINAR KECEMERLANGAN UPSR SIRI 3

Motivasi  kecemerlangan UPSR  siri 3 bagi tahun 2016 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 20 April   2016 bertempat di Kolej International YPC. Dalam siri 3 ini subjek yang di fokus adalah Bahasa Inggeris 1 dan 2 . Sasaran utama seminar ini untuk membantu murid-murid Tahun 6 sekolah-sekolah angkat YPC membuat persiapan menghadapi peperiksaan UPSR 2016 yang akan bermula pada awal september 2016. Dalam program tersebut jumlah pelaajr adalah seramai 250 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah angkat YPC.


Tuesday, April 5, 2016

YPC fokus sains, matematik untuk pelajar sekolah angkat

Yayasan Pendidikan Cheras menggunakan strategi lautan biru untuk membuka minda dan daya fikir pelajar di 37 sekolah angkatnya iaitu dengan memberi fokus terhadap penguasaan subjek Sains dan Matematik.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, dua subjek ini penting bukan sahaja untuk membantu pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) malah demi kerjaya masa depan mereka.
“Penerapan ilmu sains dan matematik dari peringkat awal dan secara berterusan akan dapat meningkatkan minat mereka dalam bidang tersebut sekali gus menjadikan mereka lebih yakin dan berfokus untuk belajar,” katanya.
YPC menganjurkan Seminar Kecemerlangan Sains dan Matematik yang melibatkan 500 pelajar tahun enam dan tingkatan tiga sekolah angkatnya di Kolej Antarabangsa YPC di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Seminar ini merupakan kesinambungan terhadap beberapa program pendidikan yang telah dianjurkan oleh YPC sejak dari awal sesi persekolahan 2016.
Objektif utama seminar adalah bagi memupuk minat pelajar, aplikasi konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan memahami kaedah efektif untuk cemerlang dalam subjek Sains dan Matematik.
Seminar dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu ini dikendalikan guru cemerlang subjek berkenaan.- petikan utusan 4 april 2016

 
Guru Cemerlang Matematik, Alima Ahmad memberi tunjuk ajar kepada peserta seminar Kecemerlangan PT3 subjek Sains dan Matematik di Kolej Antarabangsa YPC, Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

YPC rai 261 pelajar bumiputera cemerlang

       SYED ALI ALHABSHEE (belakang) bersama pelajar dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR, PT3 dan SPM        2015 di Kuala Lumpur, semalam. Utusan/Aizzul A. Majid

KUALA LUMPUR 30 Mac – Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) meraikan dan memberi pengiktirafan kepada 261 pelajar bumiputera sekolah angkatnya yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di Kolej Antarabangsa YPC di sini hari ini.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, anugerah berbentuk Sijil Simpanan Premium (SSP) yang keseluruhannya berjumlah RM50,000 ini sebagai insentif dan galakan serta suntikan motivasi untuk pelajar cemerlang itu terus berjaya pada masa depan.

“Hadiah dalam bentuk SSP ini bagi menggalakkan dan mendidik pelajar menabung sebagai simpanan masa depan di samping menyediakan peluang memenangi cabutan bertuah, bagaimanapun mereka boleh menebus SSP dengan wang tunai pada bila-bila masa sahaja,” katanya ketika berucap dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR, PT3 dan SPM 2015, di sini hari ini.

Pelajar cemerlang SPM yang memperoleh keputusan tujuh A dan lebih menerima SSP bernilai RM200 hingga RM300, PT3 (RM100 hingga RM200) manakala UPSR pula RM40 (4A) dan RM50 (5A).
Selain itu, dalam majlis sama, YPC turut menyampaikan sumbangan kepada 14 sekolah angkatnya.- Petikan dari akhabar  utusan 31 Mac 2016.

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG USPR. PT3 DAN SPM 2015



Yayasan Pendidikan Cheras meraikan dan memberi pengiktirafan kepada 261 orang pelajar bumiputera sekolah angkat yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015. Program ini telah diadakan di Kolej Antarabangsa YPC, Anugerah telah disampaikan oleh Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. Sebagai suntukan semangat ssetiap pelajar cemerlang SPM yang mmeperoleh keputusan straight  A hingga 7A menerima SSP bernilai RM200 hingga RM300, PT3 menerima SSP bernilai rm100 hingga rm250 manakala  UPSR pula RM40 bagi yang mendapat 4A dan RM50 untuk yang mendapat 5A. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee kepada semua penerima 261 orang pelajar. Dalam majlis tersebut juga beliau telah menyampaikan cek sumbangan kepada sekolah -sekolah angkat YPC dan bukan sekolah angkat sebanyak 16 buah sekolah antaranya SMK Miharja, SMK Yaacob Latih, SMK Puterijaya, Sek.Pend. Khas Jalan Peel, Sek Pend. Khas (Cacat Penglihatan ) Jalan Batu, SRA Aslahiyah, manakala bukan sekolah angkat terdiri daripada SK Sentul 1 dan SMK Cochrane, setiap cek bernilai RM500 yang disumbangka untuk tujuan pembangunan sekolah. 

BENGKEL BAHASA MELAYU GURU-GURU TAHUN ENAM PERINGKAT WILAYAH BANGSAR PUDU

Dalam kerancakan YPC melaksanakan program untuk pelajar –pelajar sekolah angkat tidak dilupakan juga program untuk guru-guru. Pada 24 Mac 2016 Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu (PPWBPKL) telah melaksanakan program seminar untuk guru-guru Bahasa Melayu . Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan dan input tambahan kepada guru-guru subjek Bahasa Melayu perinkat Rendah mengenai perubahan dan penstrukturan baru dalam subjek tersebut. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Tn.Hj. Ismail bin Musa Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu. Turut hadir sama Pengerusi Biro Latihan dan Pendidikan  YPC iaitu Hj. Jamaludin bin Abdullah.




Motivasi Kecemerlangan PT3 Siri 2

Motivasi  kecemerlangan PT3 siri 2 bagi tahun 2016 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 23 Mac  2016 bertempat di Kolej International YPC. Dalam siri 2 ini subjek yang di fokus adalah Sains dan Matematik . Sasaran utama seminar ini untuk membantu murid-murid Tingkatan 3 sekolah-sekolah angkat YPC membuat persiapan menghadapi peperiksaan PT3 2016.

Monday, March 14, 2016

Porgram Kecemerlangan UPSR Siri 2



Program kecemerlangan UPSR Siri 2, telah diadakan pada 2 Mac 2016 yang memberi penekanan kepada subjek sains dan matematik dalam UPSR dimana fokus cara menjawab soalan mengikut format peperiksaan sebenar UPSR. Sasaran utama program ini adalah membantu dan memantapkan persediaan murid sekolah-sekolah angkat YPC bagi
menghadapi peperiksaan UPSR 2016.

Motivasi Kecemerlangan PT3 Siri 1

Motivasi  kecemerlangan PT3 siri 1 bagi tahun 2016 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 24 februari 2016 bertempat di Kolej International YPC. Fokus utama dalam motivasi ini adalah KBAT dalam Bahasa Melayu PT3. Objektif utama motivasi ini untuk membimbing dan memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar tingkatan 3  sekolah- sekolah angkat YPC untuk  membuat persiapan menghadapi peperiksaan PT3 2016.



Motivasi Kecemerlangan UPSR Siri 1

Seminar kecemerlangan UPSR siri 1  untuk tahun 2016 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 3 februari 2016 bertempat di Kolej International YPC. Fokus utama dalam motivasi ini adalah KBAT dalam Bahasa Melayu. Sasaran utama motivasi ini untuk membimbing dan memberi pendedahan awal dan juga suntikkan semangat kepada murid-murid tahun 6 sekolah- sekolah angkat YPC bagi membuat persiapan menghadapi peperiksaan UPSR 2016.


 

Majlis Jamuan Awal Tahun 2016


Permulaan awal tahun 2016 Yayasan Pendidikan Cheras telah mengadakan majlis jamuan tengah hari sempena sesi persekolahan 2016 sekolah-sekolah angkat pada 14 januari 2016 bertempat di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras. Majlis Jamuan ini diadakan sebagai satu semangat berpasukan dan penghargaan  kepada warga pendidika yang sentiasa komited dalam semua program pendidikan yang dilaksanakan pada peringkat sekolah-sekolah angkat. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bin Hassan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP). Dalam majlis tersebut Datuk Seri Syed Ali telah memberikan cadangan atau peluang kepada sekolah-sekolah angkat YPC untuk memohon sumbangan atau dana ke Yayasan Wilayah Persekutuan selain dari YPC. Hajah Foziah binti Buang memohon kepada sekolah -sekolah angkat agar memberi kerjasama kepada Yayasan Pendidikan Cheras dalam penyertaan program yang dianjurkan oleh YPC sama program yang berkaitan dengan pendidikan.