Friday, September 23, 2016

BENGKEL EKONOMI ASAS DAN PERDAGANGAN SPM 2016



Pada 21 dan 22  September 2016, Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu (PPWBP)  telah menganjur satu seminar yang sangat bermanfaat kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mengambil subjek  perdagangan dan ekonomi asas. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah pelajar dari sekolah angkat dan juga pelajar dari beberapa buah sekolah yang dijemput oleh PPWBP sekitar cheras. Objektif utama diadakan seminar ini ialah untuk membantu  murid tingkatan 5 dalam subjek Ekonomi Asas dan Perdagangan meningkatkan persiapan bagi menghadapi peperiksaan SPM akan diadakan pada bulan November 2016. Untuk seminar kali ini jumlah penyertaan adalah seramai 310 orang pelajar yang mana terdiri daripada 12 buah sekolah angkat, dan 3 buah dari sekolah yang berhampiran dengan Yayasan Pendidikan Cheras iaitu SMK Cochrane, SMK Datok Lokman dan SMISTA dan juga Sekolah jemputan PPWBPKL.Seminar ini telah diadakan diKolej Antarabangsa YPC.

SEMINAR KECEMERLANGAN PT3 SIRI 4/2016

Seminar kecemerlangan PT3 yang  berlangsung selama dua hari iaitu pada 17 dan 18 Ogos  2016 bertempat Kolej Antarabangsa YPC. Seramai 250 orang pelajar tingkatan 3 daripada sekolah-sekolah  angkat YPC dan beberapa sekolah di sekitar seperti Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA), Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman  juga telah menghadiri seminar tersebut. Dalam seminar tersebut memberikan fokus kepada 4 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Penceramah adalah  terdiri daripada 4 orang guru cemerlang  bagi subjek berkenaan telah diundang untuk menjayakan seminar tersebut. Pelajar- pelajar dibimbing untuk memahami teknik belajar dan teknik menjawab soalan yang betul dan mudah untuk mendapat markah. Objektif  utama seminar ialah untuk membantu pelajar-pelajar sekolah angkat meningkatkan persediaan menghadapi peperiksaan PT3  pada bulan Oktober.




SEMINAR KECEMERLANGAN SEJARAH SPM

Pada 10 Ogos 2016 Yayasan Pendidikan Cheras  dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur telah menganjurkan Seminar Kecemerlangan  SPM bagi subjek sejarah. Objektif utama seminar ini ialah untuk membantu dan membimbing persediaan pelajar sekolah-sekolah angkat YPC bagi menghadapi peperiksaan SPM 2016. Bengkel ini adalah untuk persediaan pelajar dalam memahirkan teknik dan juga cara untuk menjawab kertas sejarah yang telah diperbaharui formatnya iaitu telah dibahagikan kepada 3 kertas yang terdiri daripada kertas 1 soalan objektif, kertas 2 soalan  subjektif dan esei dan kertas 3 soalan terbuka daripada buku teks. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu, Tuan Haji Ismail bin Musa. Jumlah pelajar  yang menyertai bengkel ini adalah seramai 250 orang daripada sekolah angkat dan juga sekolah disekitar Parlimen Cheras yang mana  bukan dari sekolah angkat seperti SMK Datok Lokman, SMK Cochrane dan juga Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA).