Tuesday, April 5, 2016

YPC fokus sains, matematik untuk pelajar sekolah angkat

Yayasan Pendidikan Cheras menggunakan strategi lautan biru untuk membuka minda dan daya fikir pelajar di 37 sekolah angkatnya iaitu dengan memberi fokus terhadap penguasaan subjek Sains dan Matematik.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, dua subjek ini penting bukan sahaja untuk membantu pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) malah demi kerjaya masa depan mereka.
“Penerapan ilmu sains dan matematik dari peringkat awal dan secara berterusan akan dapat meningkatkan minat mereka dalam bidang tersebut sekali gus menjadikan mereka lebih yakin dan berfokus untuk belajar,” katanya.
YPC menganjurkan Seminar Kecemerlangan Sains dan Matematik yang melibatkan 500 pelajar tahun enam dan tingkatan tiga sekolah angkatnya di Kolej Antarabangsa YPC di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Seminar ini merupakan kesinambungan terhadap beberapa program pendidikan yang telah dianjurkan oleh YPC sejak dari awal sesi persekolahan 2016.
Objektif utama seminar adalah bagi memupuk minat pelajar, aplikasi konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan memahami kaedah efektif untuk cemerlang dalam subjek Sains dan Matematik.
Seminar dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu ini dikendalikan guru cemerlang subjek berkenaan.- petikan utusan 4 april 2016

 
Guru Cemerlang Matematik, Alima Ahmad memberi tunjuk ajar kepada peserta seminar Kecemerlangan PT3 subjek Sains dan Matematik di Kolej Antarabangsa YPC, Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

YPC rai 261 pelajar bumiputera cemerlang

       SYED ALI ALHABSHEE (belakang) bersama pelajar dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR, PT3 dan SPM        2015 di Kuala Lumpur, semalam. Utusan/Aizzul A. Majid

KUALA LUMPUR 30 Mac – Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) meraikan dan memberi pengiktirafan kepada 261 pelajar bumiputera sekolah angkatnya yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di Kolej Antarabangsa YPC di sini hari ini.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, anugerah berbentuk Sijil Simpanan Premium (SSP) yang keseluruhannya berjumlah RM50,000 ini sebagai insentif dan galakan serta suntikan motivasi untuk pelajar cemerlang itu terus berjaya pada masa depan.

“Hadiah dalam bentuk SSP ini bagi menggalakkan dan mendidik pelajar menabung sebagai simpanan masa depan di samping menyediakan peluang memenangi cabutan bertuah, bagaimanapun mereka boleh menebus SSP dengan wang tunai pada bila-bila masa sahaja,” katanya ketika berucap dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR, PT3 dan SPM 2015, di sini hari ini.

Pelajar cemerlang SPM yang memperoleh keputusan tujuh A dan lebih menerima SSP bernilai RM200 hingga RM300, PT3 (RM100 hingga RM200) manakala UPSR pula RM40 (4A) dan RM50 (5A).
Selain itu, dalam majlis sama, YPC turut menyampaikan sumbangan kepada 14 sekolah angkatnya.- Petikan dari akhabar  utusan 31 Mac 2016.

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG USPR. PT3 DAN SPM 2015



Yayasan Pendidikan Cheras meraikan dan memberi pengiktirafan kepada 261 orang pelajar bumiputera sekolah angkat yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015. Program ini telah diadakan di Kolej Antarabangsa YPC, Anugerah telah disampaikan oleh Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. Sebagai suntukan semangat ssetiap pelajar cemerlang SPM yang mmeperoleh keputusan straight  A hingga 7A menerima SSP bernilai RM200 hingga RM300, PT3 menerima SSP bernilai rm100 hingga rm250 manakala  UPSR pula RM40 bagi yang mendapat 4A dan RM50 untuk yang mendapat 5A. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee kepada semua penerima 261 orang pelajar. Dalam majlis tersebut juga beliau telah menyampaikan cek sumbangan kepada sekolah -sekolah angkat YPC dan bukan sekolah angkat sebanyak 16 buah sekolah antaranya SMK Miharja, SMK Yaacob Latih, SMK Puterijaya, Sek.Pend. Khas Jalan Peel, Sek Pend. Khas (Cacat Penglihatan ) Jalan Batu, SRA Aslahiyah, manakala bukan sekolah angkat terdiri daripada SK Sentul 1 dan SMK Cochrane, setiap cek bernilai RM500 yang disumbangka untuk tujuan pembangunan sekolah. 

BENGKEL BAHASA MELAYU GURU-GURU TAHUN ENAM PERINGKAT WILAYAH BANGSAR PUDU

Dalam kerancakan YPC melaksanakan program untuk pelajar –pelajar sekolah angkat tidak dilupakan juga program untuk guru-guru. Pada 24 Mac 2016 Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu (PPWBPKL) telah melaksanakan program seminar untuk guru-guru Bahasa Melayu . Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan dan input tambahan kepada guru-guru subjek Bahasa Melayu perinkat Rendah mengenai perubahan dan penstrukturan baru dalam subjek tersebut. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Tn.Hj. Ismail bin Musa Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu. Turut hadir sama Pengerusi Biro Latihan dan Pendidikan  YPC iaitu Hj. Jamaludin bin Abdullah.




Motivasi Kecemerlangan PT3 Siri 2

Motivasi  kecemerlangan PT3 siri 2 bagi tahun 2016 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 23 Mac  2016 bertempat di Kolej International YPC. Dalam siri 2 ini subjek yang di fokus adalah Sains dan Matematik . Sasaran utama seminar ini untuk membantu murid-murid Tingkatan 3 sekolah-sekolah angkat YPC membuat persiapan menghadapi peperiksaan PT3 2016.