Thursday, December 28, 2017

BANTUAN PERSEKOLAHAN ‘CERIA KE SEKOLAH’

Yayasan Pendidikan Cheras dengan sokongan Yayasan Wilayah Persekutuan telah menganjurkan program Bantuan Persekolahan yang dikenali dengan nama “ Ceria Ke Sekolah” peringkat sekolah-sekolah angkat YPC. Setiap sekolah diperuntukan seramai 7 orang dan jumlah penerima adalah seramai 300 orang yang terdiri daripada pelajar Tabika Kemas, Tabika Perpaduan , pelajar sekolah rendah dan menengah. Penerima adalah dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah, pelajar dan keluarga yang menetap di Wilayah Persekutuan dan merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.Bantuan Persekolahan “Ceria Ke Sekolah “ bagi tahun 2017 yang diberikan berupa beg sekolah dan baucer kelengkapan persekolahan yang bernilai RM100. Penerima boleh menebus atau menukar baucer tersebut di Pusat Pakaian Hari Hari atau Kedai Pakaian Sekolah Canggih. Majlis tersebut telah diadakan pada 20 Disember 2017 bertempat di Dataran Skylite, SMK Convent Jalan  Peel, telah dirasmikan oleh Datuk Seri Syed Ali Alhabshee Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras.





PELANCARAN PROJEK SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPN) KUMPULAN 2


Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan projek rintis Skim Simpanan Pendidikan Tinggi (SSPN) yang melibatkan seramai 100 pelajar murid Tahun 1 2017. Lanjutan daripada Kumpulan pertama Yayasan Pendidikan Cheras telah melancarka Siri atau kumpulan ke-2 ekoran daripada sambutan yang amat memberangsangkan daripada  sekolah-sekolah angkat YPC. Objektif utama projek ini ialah untuk menanam minat menabung pada kalangan murid dari peringkat awal perseklahan sebagai persiapan untuk mengikuti sesi pembelajaran hingga ke peringkat Universiti. Yayasan Pendidikan Cheras(YPC) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan sumbangan awal kepada semua murid terpilih untuk membolehkan akaun SSPN dibuka dan dimiliki oleh murid berkenaan. Majlis Pelancaran ini diadakan pada 15 November 2017 bertempat di Auditorium Tan Sri Syed Abbas Alhabshee, YPC International College dirasmikan oleh Datuk Seri Syed Ali Alahabshee, Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras.




Wednesday, December 27, 2017

PROGRAM IQRAK: PEMANTAPAN SILIBUS GURU AGAMA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT WILAYAH

Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Jaabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan satu program pemantapan kepada guru agama sekolah rendah peringkat wilayah persekutuan pada 25 Oktober 2017. Sekolah rendah seluruh Wilayah telah menghantar guru-guru agama menghadiri program pemantapan silibus bagi subjek Pendidikan Islam bagi memperbaiki dan memantapkan lagi untuk persediaan pada tahun hadapan. Program ini telah disertai seramai 160 orang guru agama.


PELANCARAN PROJEK RINTIS SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPN)

Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan projek rintis Skim Simpanan Pendidikan Tinggi (SSPN) yang melibatkan seramai 100 pelajar murid Tahun 1 2017, sekolah-sekolah angkat YPC. Objektif utama projek ini ialah untuk menanam minat menabung pada kalangan murid dari peringkat awal perseklahan sebagai persiapan untuk mengikuti sesi pembelajaran hingga ke peringkat Universiti. Yayasan Pendidikan Cheras(YPC) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan sumbangan awal kepada semua murid terpilih untuk membolehkan akaun SSPN dibuka dan dimiliki oleh murid berkenaan. Majlis Pelancaran ini diadakan pada 24 Oktober 2017 bertempat di Auditorium Tan Sri Syed Abbas Alhabshee, YPC International College dirasmikan oleh Datuk Seri Syed Ali Alahabshee, Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras.


SEMINAR PT3

Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur (PPWBPKL) telah menganjurkan seminar peperiksaan PT3 2017 bagi membantu pelajar sekolah –sekolah angkat YPC meningkatkan persiapan bagi menghadapi peperiksaan SPM pada hujung tahun 2017. Subjek yang difokuskan dalam seminar yang berlangsung selama dua (2) iaitu pada 13 dan 14 September 2017  adalah subjek Bahasa Melayu, Matematik , Bahasa Inggeris dan Sains . Kelompok yang menyertai seminar ini terdiri daripada pelajar yang berpotensi cemerlang.



 

MOTIVASI SPM

Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur (PPWBPKL) telah menganjurkan motivasi peperiksaan SPM 2017 bagi membantu pelajar sekolah –sekolah angkat YPC meningkatkan persiapan bagi menghadapi peperiksaan SPM pada hujung tahun 2017. Subjek yang difokuskan dalam motivasi yang berlangsung selama dua (2) iaitu pada 11 dan 12 September 2017  adalah subjek Bahasa Melayu, Matematik Tambahan , Sejarah dan Bahasa Inggeris. Kelompok yang menyertai motivasi


ini terdiri daripada pelajar yang berpotensi cemerlang. 

SEMINAR PERSEDIAAN SPM

Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur (PPWBPKL) telah menganjurkan seminar peperiksaan SPM siri 2. Seminar ini telah memberi fokus kepada subjek Perdagangan, Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas. Objektif seminar ini ialah untuk membantu pelajar membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan SPM. Seminar ini berlangsung



selama tiga hari iaitu pada 18,19 dan 20 Julai 2017 di Kolej Antarabangsa YPC.

SIRI KE-2 SEMINAR UPSR

Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama PPWBPKL telah menganjurkan seminar persediaan peperiksaan UPSR 2017.Antara objektif seminar ini ialah memberikan pendedahan kepada kumpulan pelajar sekolah angkat yang terpillh tentang persediaan untuk  menghadapi peperiksaan upsr pada penghujung tahun 2017. Seminar ini telah dilaksanakan pada 10 dan 11 Julai  2017 bertempat di Dewan Utama Kolej YPC


.

SEMINAR PERSEDIAAN PEPERIKSAAN UPSR

Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu dengan usahasama Yayasan Pendidikan Cheras telah melaksanakan satu seminar persediaan peperiksaan UPSR 2017. Fokus utama seminar ini adalh untuk membantu memberi pendedahan kepada pelajr-pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan pada awal september nanti. Dengan adanya seminar seperti ini askan dapat membantu pelajar yang terpilih untuk menghadapi peperiksaan dengan yakin dan pendedahan yang telah diberikan akan dapat membantu pelajar untuk menjawab soalan dengan penuh yakin.



SEMINAR PERSEDIAAN PT3

Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur telah menganjurkan seminar Persediaan Peperiksaan PT3 bagi tahun 2017.Antara objektif  seminar ini untuk memberikan pendedahan kepada kumpulan pelajar sekolah angkat yang terpilih tentang persediaan untuk menghadapi peperiksaan PT3 pada September nanti. Dalam seminar tersebut pelajar didedahkan dengan subjek Bahasa Melayu dan juga Matematik.Seminar tersebut telah dihadiri seramai 250 orang pelajar sekolah-sekolah angkat.



BENGKEL PEMBINAAN MODUL PENDIDIKAN MORAL DAN SEJARAH SPM

Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama PPWBKL telah melaksanakan program membina modul Pendidikan Moral dan Sejarah peringkat Wilayah Bangsar Pudu pada 13 & 14 Mac 2017. Bengkel ini telah disertai oleh 22 buah sekolah sekitar Bangsar dan Pudu dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu, Kuala Lumpur.


BENGKEL MODUL BESTARI MATA PELAJARAN TEKNIK & VOKASIONAL SPM

Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur (PPWBP KL) meneruskan usaha untuk menjana kecemerlangan bidang pendidikan dengan menganjurkan bengkel penulisan subjek Teknik Vokasional (TekVok) yang melibatkan seramai 60 orang guru mata pelajaran Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, Perdagangan dan Ekonomi Rumah Tangga. Objektif bengkel modul bestari ini ialah untuk menyediakan sumber teknik menjawab soalan yang diterapkan dengan unsur KBAT dan untuk meningkatkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) TekVok di peringkat sekolah dan seterunya menyumbang kepada peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS). Modul ini akan digunakan oleh sema sekolah di Wilayah Bangsar dan Pudu yang terlibat dengan subjek berkenaan. Bengkel ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 8-9 Mac 2017bertempat di YPC International College.



BENGKEL PEMANTAPAN GURU SUBJEK SAINS RUMAH TANGGA WPKL

Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur (PPWBP KL) telah menganjurkan bengkel pemantapan guru bagi subjek Sains Rumahtangga peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 22 Februari 2017 bertempat di YPC International College, Taman Maluri. Bengkel tersebut telah dihadiri guru SRT seramai 40 orang.



Wednesday, December 13, 2017

BENGKEL KELESTARIAN GURU SAINS SEKOLAH RENDAH MALAYSIA

Bengkel Kelestarian Guru Sains Rendah Malaysia yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 13hb hingga 15hb Disember 2017 di YPC International College, untuk membuka ruang kepada semua guru sains menambah ilmu dalam memantapkan pengetahuan dan kualiti pengajran mereka seiring dengan perkembangan bidang pendidikan terkini dan menyahut cabaran globalisasi pendidikan negara satu usaha meningkatkan kualiti pencapaian subjek sains bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Objektif utama bengkel ini diharapkan dapat menyebarkan pengalaman dan kemahiran guru berpengalaman kepada peserta, memberi pengetahuan dan pendedahan teknologi pendidikan terkini yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran guru sains, menambah nilai dalam profesional guru-guru terlibat, menjadikan peserta sebagai penggerak untuk menjayakan pendidikan abad ke-21 di Malaysia serta menaikkan lagi kualiti dan kuantiti kecemerlangan subjek Sains secara menyeluruh dan menjadi sumber inspirasi dan pencetus semangat, agar berlaku anjakan paradigm dalam kalangan guru khususnya guru Sains seluruh Malaysia. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Haji Mohd Ismail b Haji Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif  YPC.