Friday, December 21, 2018

BENGKEL SEJARAH PERINGKAT MENENGAH

Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur ( PPWBPKL) telah menganjurkan seminar bagi subjek Sejarah. Seminar ini memberi fokus kepada guru tentang agihan kertas bagi subjek sejarah. . Seminar ini disertai seramai 80 guru yang terdiri dari Sekolah Angkat YPC serta beberapa buah sekolah dibawah Pejabat Pelajaran Bangsar
Pudu


ar Pudu.

BENGKEL GURU SAINS PERINGKAT MENENGAH

Bagi memperhalusi dan memahirkan lagi kecekapan teknik pengajaran guru-guru Sains peringkat Menengah telah diadakan satu bengkel khusus untuk Subjek Sains yang dianjurkan Oleh Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu. Bengkel ini telah disertai seramai 80 guru sains peringkat Wilayah Bangsar Pudu, yang bertemapat di Kolej Antarabangsa YPC.


TAKLIMAT PENGGUNAAN PAKEJ I-LEARN SASBADI ONLINE

Yayasan Pendidikan Cheras telah mengadakan usahasama dengan syarikat Sasbadi Sdn Bdh dalam memperkenalkan pembelajaran secara dalam talian. Taklimat cara penggunaan Pakej I-Learn Sasbadi kepada semua guru-guru IT Sekolah-Sekolah Angkat YPC. Taklimat ini telah disampaikan oleh wakil daripada Syarikat Sasbadi Sdn Bhd. Pakej ini ditajan oleh YPC kepada Sekolah Angkat yang mana setiap sekolah diperuntukkan dua pakej bagi memudahkan guru-guru menggunakan bersama pelajar semasa sesi pembelajaran.


Thursday, December 20, 2018

TAKLIMAT LATIHAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Wilayah Bnagsar dan Pudu Kuala Lumpur telah mengadakan taklimat Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional untuk kumpulan pelajat tingkatan 3 sesi 2018. Objektif utama taklimat ini ialah untuk memberikan input dan pendedahan kepada semua pelajar tentang kepentingan dan prospek bidang teknikal dan Vokasional pada kerjaya masa depan. Taklimat ini telah disampaika oleh En.shanusi bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Program ini diadakan seiring dengan hasrat kerajaan melaksanakan pemerkasaan TVET.
En.Shanusi sedang memberi penerangan tentang
Transformasi Pendidikan Vokasional