Wednesday, July 31, 2019

BENGKEL PENDIDiKAN ABAD KE-21 PERINGKAT MENENGAH



Program Bengkel Pendidikan Abad Ke-21 bersama Sekolah-Sekolah Menengah WPKL,  dengan kehadiran 204 orang yang terdiri 102 Pnegetua dan 102 Guru Kanan Subjek yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 13-14 Mei 2019 bertempat di Kolej Antarabangsa.



YPC.

TAKLIMAT PENYELARASAN MATA PELAJARAN REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINKATAN 3


Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras telah mnganjurkan program Taklimat Penyelarasan Mata Pelajaran Reka Bentuk & Teknologi Tingkatan 3, Porgram ini telah diadakan pada 2 Mei 2019 bertempat di Kolej Antarabnagsa YPC dan jumlah peserta adalah seramai 120 orang guru tingkatan 3.



PROGRAM CEMERLANG UPSR 6A


Program Cemerlang UPSR  6A SK Seri Bintang Selatan anjuran SK SBS dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras yang diadakan pada 24 April 2019 dan jumlah peserta seramai 170 orang murid tahun 6.



BENGKEL KOMPETENSI GURU SUBJEK PERNIAGAAN



Bengkel Kompetensi Guru Subjek Perniagaan peringkat Bangsar Pudu WPKL Anjuran bersama YPC dan PPWBP KL. Program ini melibatkan guru subjek perniagaan daripada semua Sekolah Menengah Wilayah Bangsar dan Pudu. Diadakan pada 17 April 2019 dan disertai seramai 50 orang guru.










Kursus Headcount Penolong Kanan Pentadbiran Rendah 2019 Wilayah Bangsar Pudu

Kursus Headcount Penolong Kanan Pentadbiran Rendah 2019 Wilayah Bangsar Pudu, Kuala Lumpur pada 9 & 10 April 2019 bertempat di Kolej Antarabangsa YPC, Cheras.
Program ini adalah anjuran bersama Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dan PPWBPKL
Seramai 50 peserta yang terlibat dalam program yang diadakan pada kali ini.





Sunday, March 31, 2019

PROGRAM PEMERKASAAN KETUA PANITIA SAINS RENDAH





Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama PPWBPKL telah mengadakan program pemerkasaan ketua Panitia Sains pada 5 & 6 Mac 2019 bertempat di Kolej Antarabangsa YPC yang telah disertai seramai 60 orang guru panitia sains peringkat rendah.

BENGKEL KOMPETENSI PENDIDIKAN MORAL SPM

Bengkel Kompetensi 1 Pendidikan Moral SPM telah diadakan pada 5 Mac 2019 bertempat di Kolej Antarabangsa YPC. Bengkel ini melibatkan semua guru-guru Pendidikan Moral peringkat Wilayah Bangsar dan Pudu seramai 50 orang guru.





Monday, March 18, 2019

MAJLIS HI- TEA IKATAN KASIH DAN REUNION YPC 2001-2019

Yayasan Pendidikan Cheras sekali lagi telah mengadakan majlis yang gilang gemilang Di Hotel Istana Kuala Lumpur pada 20 Februari 2019 iaitu Majlis Hi-Tea Ikatan Kasih YPC & Reunion 2001-2019 bertujuan untuk meraikan mantan Pengetua dan mantan Guru Besar yang pernah berkhidmat di Sekolah-sekolah Angkat YPC. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi MAIWP, Ybhg Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee, turut hadir Pengerusi YPC Datuk Seri Syed Ali Alhabshee,  Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Ismail Musa, Pengarah JAWI, Tuan Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah KEMAS Wilayah, Encik Azlan Mohamed, Timbalan Pengarah Pelajaran Zon Bangsar dan Pudu, Zon Keramat dan Zon Sentul, Mantan Pengetua dan Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah Angkat YPC dan Pengetua, Guru Besar  serta guru-guru yang masih sedang berkhidmat. Majlis tersebut telah dihadiri seramai 500 orang  guru. Diharap majlisw ini dapat untuk membina dan mengukuh ikatan permuafakatan pada kalangan warga Sekolah-sekolah Angkat YPC termasuklah mantan Pengetua dan Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah-sekolah berkenaan. Sempena dengan majlis tersebut, Kolej Antarabangsa YPC telah menyampaikan Surat Tawaran Biasiswa YPC kepada 20 buah sekolah lepasan Tingkatan 5(2018) yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Kolej Antarabangsa YPC. Setiap pelajar ditawarkan biasiswa yang berjumlah RM9000 untuk kursus Foundation.





Wednesday, January 2, 2019

SEMINAR PRINSIP PERAKAUANAN DAN EKONOMI ASAS SPM

Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras telah mengadakan seminar bagi subjek Prinsip Perakauanan dan juga subjek Ekonomi Asas. Seminar ini diadakan selama tiga hari di Kolej Antarabangsa YPC dihadiri seramai 250 orang pelajar. Objektif seminar ialah untuk membantu pelajar membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan SPM.



SEMINAR SEJARAH SPM

YPC dengan kerjasama PPWBPKL telah menganjurkan seminar untuk subjek sejarah bagi pelajar tingkatan 5, ini merupakan pecutan terakahir yang diadakan sebelum peperiksaan SPM yang akan berlangsung. Dalam seminar ini memberi fokus tentang cara  dan teknik menjawab bagi setiap kertas iaitu kertas 1, kertas 2 dan kertas 3. Objektif utama seminar ini untuk membantu pelajar membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar.