Sunday, March 31, 2019

PROGRAM PEMERKASAAN KETUA PANITIA SAINS RENDAH





Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama PPWBPKL telah mengadakan program pemerkasaan ketua Panitia Sains pada 5 & 6 Mac 2019 bertempat di Kolej Antarabangsa YPC yang telah disertai seramai 60 orang guru panitia sains peringkat rendah.

BENGKEL KOMPETENSI PENDIDIKAN MORAL SPM

Bengkel Kompetensi 1 Pendidikan Moral SPM telah diadakan pada 5 Mac 2019 bertempat di Kolej Antarabangsa YPC. Bengkel ini melibatkan semua guru-guru Pendidikan Moral peringkat Wilayah Bangsar dan Pudu seramai 50 orang guru.





Monday, March 18, 2019

MAJLIS HI- TEA IKATAN KASIH DAN REUNION YPC 2001-2019

Yayasan Pendidikan Cheras sekali lagi telah mengadakan majlis yang gilang gemilang Di Hotel Istana Kuala Lumpur pada 20 Februari 2019 iaitu Majlis Hi-Tea Ikatan Kasih YPC & Reunion 2001-2019 bertujuan untuk meraikan mantan Pengetua dan mantan Guru Besar yang pernah berkhidmat di Sekolah-sekolah Angkat YPC. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi MAIWP, Ybhg Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee, turut hadir Pengerusi YPC Datuk Seri Syed Ali Alhabshee,  Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Ismail Musa, Pengarah JAWI, Tuan Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah KEMAS Wilayah, Encik Azlan Mohamed, Timbalan Pengarah Pelajaran Zon Bangsar dan Pudu, Zon Keramat dan Zon Sentul, Mantan Pengetua dan Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah Angkat YPC dan Pengetua, Guru Besar  serta guru-guru yang masih sedang berkhidmat. Majlis tersebut telah dihadiri seramai 500 orang  guru. Diharap majlisw ini dapat untuk membina dan mengukuh ikatan permuafakatan pada kalangan warga Sekolah-sekolah Angkat YPC termasuklah mantan Pengetua dan Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah-sekolah berkenaan. Sempena dengan majlis tersebut, Kolej Antarabangsa YPC telah menyampaikan Surat Tawaran Biasiswa YPC kepada 20 buah sekolah lepasan Tingkatan 5(2018) yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Kolej Antarabangsa YPC. Setiap pelajar ditawarkan biasiswa yang berjumlah RM9000 untuk kursus Foundation.