Monday, June 20, 2022

MESYUARAT AGONG PIBG SMK SERI PERMAISURI

 Pada 18 Jun 2022 SMK Seri Permaisuri telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG dan telah menjemput wakil daripada Yayasan Pendidikan Cheras. Yayasan Pendidikan Cheras telah mewakilkan Tuan Haji Ismail bin Haji Mohd Nor sebagai tetamu dan perasmian majlis tersebut. Dalam majlis tersebut wakil YPC telah disambut dengan paluan kompang dan diiringi bersama Puan Pengetua iaitu Puan Rozita bt Putih dan YPD PIBG Encik Abd Wahab Ismail dan NYDP Encik Badarul Hisham Md Isa. Fokus perbincangan lebih utamakan hubungan antara guru dan ibu bapa, serta cara untuk menarik minat pelajar belaajr bersemuka setelah hampir dua tahun pembelajaran secara atas talian kerana sepanjang pandemik  Covid-19 komunikasi antara guru dan ibu bapa amat kurang sekali. Oleh itu, pihak sekolah telah dan AJK Ibu Bapa telah merancang pelbagai program yang boleh merapatkan silaturrahim antara guru dan ibu bapa serta cara untuk meningkatankan prestasi pelajar- pelajar yang yang banyak ketinggalan dalam pembelajaran kesan dari Pandemik C ovid-19 selama 2 tahun. 







 

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM


Seminggu sebelum bulan Ramadan, Yayasan Pendidikan Cheras telah menyantuni Anak Anak Yatim daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang berada di Lembah Kelang. 

Setiap Anak Yatim diberi Duit Sagu Hati untuk bulan Ramadan dan tips Motivasi untuk mencapai kejayaan dalam Pelajaran. 

Insya ALLAH, sumbangan kepada Anak Yatim akan diteruskan lagi selepas Cuti Hari Raya. Turut hadir menyampaikan sumbangan kepada Anak Yatim ialah Dato Foziah Buang Mantan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur














Sunday, December 19, 2021

Forum Halatuju Kerjaya "Ke Mana Arah Selepas SPM"

 

12 Dis. 2021 - Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menganjurkan Forum Halatuju Kerjaya  "Ke Mana Arah Selepas SPM" menerusi aplikasi Google Meet.

Seramai 115 pelajar Tingkatan 5 daripada Sekolah Menengah Sains Selangor telah menyertai Forum yang bertujuan untuk memberi maklumat dan pengetahuan berkaitan dunia pekerjaan.

Ahli Panel Forum yang terdiri daripada Profesional Muda dalam bidang Perubatan, Perakaunan, Kewangan , Kewartawanan, Penyiaran, Sains , Teknologi , Kejuruteraan dan Matematik telah memberi Motivasi kepada Pelajar bagaimana untuk membuat keputusan yang tepat tentang pemilihan Kerjaya.

Para pelajar juga telah diberi pendedahan Bidang Kerjaya yang mendapat permintaan tinggi dalam Industri.

Ahli Panel Forum terdiri daripada Dr Siti Aisyah Hj Nizar, Hospital UITM, (Leicester University UK),  Mohd Rizal Ab Karim, Chartered Accountant KPMG,  ( Liverpool Johnmoores University UK),  Hanim Muhili, Chief Reporter RTM, (Murdoch University Australia ) dan  Prof Madya Dr Nasrul Hamidin, Pengarah Anjung Universiti Malaysia Perlis, (Griffith University Australia). Dikendalikan oleh / Moderator Tuan Haji Mohd Ismail Bin Haji Mohd Nor,  CEO YPC.














Tuesday, October 19, 2021

ROAD SHOW ATAU JELAJAH PENDIDIKAN KE NEGERI TERENGGANU

 Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) telah mengadakan Road Show / Jelajah Pendidikan ke Negeri Terengganu pada 17 dan 18 Oktober 2021

Objektif Road Show tersebut adalah untuk melaksanakan tanggungjawab sosial ataupun CSR dan menyampaikan maklumat tentang program- program YPC dalam usaha melahirkan kumpulan pelajar yang mampu bersaing dengan pemikiran yang kritis dan kreatif serta mempunyai personaliti diri yang unggul.

Pada 17 Oktober 2021, YPC telah menyampaikan sumbangan kepada 40 pelajar anak yatim daripada SBPI Batu Rakit, SM Sains Kuala Terengganu, SM Sains Sultan Mahmud dan SMK Sultan Sulaiman. 

Pada 18 Oktober pula , YPC telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Yayasan Terengganu dan bertukar-tukar idea dan pandangan, antaranya adalah Program Halatuju Kerjaya selepas SPM, Peningkatan Soft Skill seperti Public Speaking,  Leadership Skill dan Program OneSchool Digital di sekolah-sekolah Imtiaz Negeri Terengganu

Terima Kasih kepada pihak pengurusan Yayasan Terengganu dan Pengetua-Pengetua  Sekolah yang telah memberi layanan dan kerjasama  yang cukup baik sepanjang kunjungan YPC ke Terengganu.Semoga hubungan dan kerjasama  erat ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang demi melestarikan pembangunan modal insan dan pendidikan negara.

























Monday, July 6, 2020

MAJLIS ANUGERAH ASIA PACIFIC CONFERENCE OF YOUNG SCIENTIST 2019







Yayasan Pendidikan Cheras telah melaksanakan Majlis Anugerah Asia Pacific Conference of Young Scientist ini telah diadakan dengan meriahnya pada 30 Jun 2020 bertempat di Dewan Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Kuala Lumpur. Dalam majlis ini YPC telah memberikan anugerah kepada seorang pelajar tingkatan empat daripada Sekolah Menengah Sains Alam Shah Kuala Lumpur kerana telah mengharumkan nama sekolah dan juga Negara di peringkat dunia yang telah diadakan di Negara Rusia pada tahun 2019. Pelajar yang bertuah tersebut ialah Muhammad  Harraz Nazhan Mohd Yusni telah merangkul Anugerah Emas dan Anugerah Khas untuk projek beliau yang bertajuk “CONVERTING UNUSED WOOD FUNCTIONING TIMBER”.Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Zuraida Kamaruddin,Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT), Pengerusi YPC, Y.Bhg Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, turut hadir sama Y.Bhg Tuan Anand Baharuddin, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Puan Maznah Abu Bakar, Pengarah JPWPKL, Ahli Lembaga YPC dan CEO YPC Tn.Hj. Mohd Ismail Hj. Mohd Nor. Dalam majlis tersebut Pengerusi telah menzahirkan ucapan tahniah kepada Pengetua dan Guru-Guru yang telah menyumbang terhadap kejayaan pelajar dan ibubapa pelajar tersebut yang telah mengasuh dan mendidik anak sejak kecil hingga meriah kejayaan di peringkat dunia.

Wednesday, July 31, 2019

BENGKEL PENDIDiKAN ABAD KE-21 PERINGKAT MENENGAH



Program Bengkel Pendidikan Abad Ke-21 bersama Sekolah-Sekolah Menengah WPKL,  dengan kehadiran 204 orang yang terdiri 102 Pnegetua dan 102 Guru Kanan Subjek yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 13-14 Mei 2019 bertempat di Kolej Antarabangsa.



YPC.

TAKLIMAT PENYELARASAN MATA PELAJARAN REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINKATAN 3


Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras telah mnganjurkan program Taklimat Penyelarasan Mata Pelajaran Reka Bentuk & Teknologi Tingkatan 3, Porgram ini telah diadakan pada 2 Mei 2019 bertempat di Kolej Antarabnagsa YPC dan jumlah peserta adalah seramai 120 orang guru tingkatan 3.