Pada 15 Oktober 2015, Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu telah menganjur satu
seminar yang sangat bermanfaat kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang
mengambil subjek prinsip perakaunan. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah
pelajar dari sekolah angkat dan juga beberaap buah sekolah sekitar cheras.
Objektif utama diadakan seminar ini ialah untuk membantu murid tingkatan 5 yang mengambil subjek
Prinsip Akaun, membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan SPM akan diadakan
pada bulan November 2015. Dengan adanya seminar seperti ini akan dapat membantu pelajar-pelajar lebih mendalami tentang prinsip akaun dan formula yang penting dalam subjek tersebut dari penceramah yang dijemput khusus yang pakar dalam subjek tersebut.
Monday, November 30, 2015
SEMINAR SPM 2015
![]() |
![]() |
Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat
Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur telah melaksanakan program tersebut
dengan jayanya. Seminar ini telah diadakan pada 7 dan 8 Oktober 2015, telah dihadiri oleh pelajar yang bakal
menghadapi SPM seramai 265 orang pelajar terdiri dari sekolah-sekolah angkat
YPC dan juga sekolah sekitar cheras. Objektif utama seminar ini ialah untuk
membantu murid tingkatan 5 membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan SPM
yang akan diadakan pada bulan November 2015. Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Biro Latihan dan Pendidikan Yayasan Pendidikan Cheras iaitu Tuan Haji Jamaludin bin Abdullah.
Subscribe to:
Posts (Atom)





