Seminar kecemerlangan UPSR siri 1 untuk tahun 2016 telah dilaksanakan dengan
jayanya pada 3 februari 2016 bertempat di Kolej International YPC. Fokus utama
dalam motivasi ini adalah KBAT dalam Bahasa Melayu. Sasaran utama motivasi ini untuk
membimbing dan memberi pendedahan awal dan juga suntikkan semangat kepada
murid-murid tahun 6 sekolah- sekolah angkat YPC bagi membuat persiapan
menghadapi peperiksaan UPSR 2016.
Monday, March 14, 2016
Majlis Jamuan Awal Tahun 2016
Permulaan
awal tahun 2016
Yayasan Pendidikan Cheras telah mengadakan majlis jamuan tengah hari
sempena sesi persekolahan 2016 sekolah-sekolah angkat pada 14 januari 2016 bertempat di Dewan Utama
Pusat Rekreasi Cheras. Majlis Jamuan ini diadakan sebagai satu semangat
berpasukan dan penghargaan kepada warga pendidika yang sentiasa komited
dalam semua program pendidikan yang dilaksanakan pada peringkat sekolah-sekolah
angkat. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bin Hassan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP). Dalam majlis tersebut Datuk Seri Syed Ali telah memberikan cadangan atau peluang kepada sekolah-sekolah angkat YPC untuk memohon sumbangan atau dana ke Yayasan Wilayah Persekutuan selain dari YPC. Hajah Foziah binti Buang memohon kepada sekolah -sekolah angkat agar memberi kerjasama kepada Yayasan Pendidikan Cheras dalam penyertaan program yang dianjurkan oleh YPC sama program yang berkaitan dengan pendidikan.
![]() |
Subscribe to:
Posts (Atom)




