Bengkel ini telah diadakan pada 6 Feb 2018 bertempat di YPC International College, bengkel tersebut melibatkan guru-guru TEVET iaitu seramai 65 orang peringkat Wilayah Bangsar dan Pudu. Bengkel ini diadakan untuk membantu sekolah meningkatkan Gred Purata mata pelajaran yang berkenaan. Selain itu juga, adalah untuk meningkatkan peratus lulus dan cemerlang A dalam mata pelajaran TekVok. Pengisian bengkel pembinaan modul ini sesuai untuk memudahkan PdP guru dan supaya guru-guru dapat menguasai DSKP mata pelajaran.
Monday, February 12, 2018
PROGRAM " I SEE U " TRANSFORMASI DAERAH TAHUN 2018
Yayasan Pendidikan Cheras dangan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Baangsar dan Pudu (PPWBP) telah menganjurkan program " I SEE U" Transformasi Daerah Tahun 2018 diadakan pada 5 Feb 2018 bertempat di YPC International College. Program ini melibatkan 30 buah sekolah Menengah dan sekolah Rendah yang terpilih peringkat Wilayah Bangsar dan Pudu. Dalam program tersebut seramai 30 orang Guru Besar dan Pengetua yang terlibat, objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan peratus kelulusan dan pencapaian akademik di peringkat sekolah menengah dan rendah yang terpilih.
Subscribe to:
Posts (Atom)





