![]() |
| En.Shanusi sedang memberi penerangan tentang Transformasi Pendidikan Vokasional |
Thursday, December 20, 2018
TAKLIMAT LATIHAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Wilayah Bnagsar dan Pudu Kuala Lumpur telah mengadakan taklimat Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional untuk kumpulan pelajat tingkatan 3 sesi 2018. Objektif utama taklimat ini ialah untuk memberikan input dan pendedahan kepada semua pelajar tentang kepentingan dan prospek bidang teknikal dan Vokasional pada kerjaya masa depan. Taklimat ini telah disampaika oleh En.shanusi bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Program ini diadakan seiring dengan hasrat kerajaan melaksanakan pemerkasaan TVET.
Monday, March 26, 2018
KOLEJ ANTARABANGSA YPC TAWAR BIASISWA RM3.6 JUTA
Kolej Antarabangsa YPC menyediakan biasiswa penuh berjumlah RM3.6 juta untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak mengikuti Program Asasi dan juga program pengajian Liverpool John Moores University.
Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, biasiswa dan bantuan kewangan ditawarkan kepada pelajar yang berhasrat menyambung pengajian diploma dan ijazah tetapi pada masa yang sama tidak berkemampuan berbuat demikian.
“Pelajar yang tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup ini, kita akan bantu dengan memberi biasiswa untuk menyambung pengajian mereka di Kolej Antarabangsa YPC atau ke Liverpool John Moores University (LJMU), United Kingdom melalui program kerjasama dengan YPC,” katanya .
Beliau berkata demikian dalam majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kolej Antarabangsa YPC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa YPC, Datuk Dr. Noel Robert.
Peluang ini terbuka kepada lepasan SPM dengan lima kredit yang layak untuk mengikuti program asasi dalam pelbagai bidang antaranya pengurusan perniagaan, teknologi maklumat, komputer multimedia dan perakaunan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada e-mel info@ypccollege.edu.my.
Subscribe to:
Posts (Atom)



