Pada 21 dan
22 September 2016, Yayasan Pendidikan
Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu (PPWBP) telah menganjur satu seminar yang sangat
bermanfaat kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mengambil subjek perdagangan dan ekonomi asas. Pelajar-pelajar
yang terlibat adalah pelajar dari sekolah angkat dan juga pelajar dari beberapa
buah sekolah yang dijemput oleh PPWBP sekitar cheras. Objektif utama diadakan
seminar ini ialah untuk membantu murid
tingkatan 5 dalam subjek Ekonomi Asas dan Perdagangan meningkatkan
persiapan bagi menghadapi peperiksaan SPM akan diadakan pada bulan November
2016. Untuk seminar kali ini jumlah penyertaan adalah seramai 310 orang pelajar
yang mana terdiri daripada 12 buah sekolah angkat, dan 3 buah dari sekolah yang
berhampiran dengan Yayasan Pendidikan Cheras iaitu SMK Cochrane, SMK Datok
Lokman dan SMISTA dan juga Sekolah jemputan PPWBPKL.Seminar ini telah diadakan diKolej Antarabangsa YPC.
Friday, September 23, 2016
SEMINAR KECEMERLANGAN PT3 SIRI 4/2016
Seminar kecemerlangan PT3 yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 17 dan
18 Ogos 2016 bertempat Kolej
Antarabangsa YPC. Seramai 250 orang pelajar tingkatan 3 daripada
sekolah-sekolah angkat YPC dan beberapa sekolah di sekitar seperti Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA), Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman juga telah menghadiri seminar tersebut. Dalam seminar
tersebut memberikan fokus kepada 4 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Sains dan Matematik. Penceramah adalah
terdiri daripada 4 orang guru cemerlang
bagi subjek berkenaan telah diundang untuk menjayakan seminar tersebut.
Pelajar- pelajar dibimbing untuk memahami teknik belajar dan teknik menjawab
soalan yang betul dan mudah untuk mendapat markah. Objektif utama seminar ialah untuk membantu
pelajar-pelajar sekolah angkat meningkatkan persediaan menghadapi peperiksaan
PT3 pada bulan Oktober.
Subscribe to:
Posts (Atom)


