Wednesday, January 10, 2018

Majlis Jamuan Awal Tahun 2018 & Penyerahan Sumbangan Cek Kepada 35 Sekolah Angkat YPC




Sudah menajadi tradisi Yayasan Pendidikan Cheras setiap awal tahun dan bermulanya sesi persekolahan yang baru YPC akan mengadakan Majlis Jamuan Awal Tahun. Bagi tahun 2018 telah diadakan pada 4 Januari 2018 bertempat di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras Jalan Peel. Pada tahun ini terdapat kelainan daripada tahun-tahun sebelumnya dimana dalam majlis tersebut Y.Bhg Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras telah menyerahkan cek sumbangan kepada sekolah-sekolah angkat YPC yang terdiri daripada 21 sekolah rendah, 2 tabika (Kemas  & Perpaduan) dan 12 sekolah menengah. Setiap sekolah menerima cek bernilai RM5,000. Majlis tersebut telah dihadiri guru besar, pengetau dan juga guru-guru yang mana YPC telah menjemput setiap sekolah seramai 5 orang guru termasuk Pengetua dan Guru Besar.
Objektif majlis ini diadakan setiap tahun merupakan satu platform pengiktirafan, penghargaan dan satu cara merapatkan silaturrahim antara Yayasan Pendidikan Cheras dengan guru-guru sempena dengan sesi awal persekolahan 2018 dan meningkatkan semangat para pentadbir dan guru dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab serta cara YPC meraikan Pengetua dan Guru Besar yang baru dilantik dan berpindah menjadi warga sekoalh angkat YPC. Antara tetamu kehormat yang hadir dalam majlis ini ialah Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pn.Hajah Rusni Abdul Jalil, Ketua Pegawai Eksekutif YPC Mohd Ismail hj. Mohd Nor, Ketua pegawai Eksekutif  Yayasan Wilayah Persekutuan Datuk Roslan bin Hasan, Timbalan Pengarah Wilayah Bangsar Pudu, Wilayah keramat dan Wilayah Sentul.

Thursday, December 28, 2017

BANTUAN PERSEKOLAHAN ‘CERIA KE SEKOLAH’

Yayasan Pendidikan Cheras dengan sokongan Yayasan Wilayah Persekutuan telah menganjurkan program Bantuan Persekolahan yang dikenali dengan nama “ Ceria Ke Sekolah” peringkat sekolah-sekolah angkat YPC. Setiap sekolah diperuntukan seramai 7 orang dan jumlah penerima adalah seramai 300 orang yang terdiri daripada pelajar Tabika Kemas, Tabika Perpaduan , pelajar sekolah rendah dan menengah. Penerima adalah dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah, pelajar dan keluarga yang menetap di Wilayah Persekutuan dan merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.Bantuan Persekolahan “Ceria Ke Sekolah “ bagi tahun 2017 yang diberikan berupa beg sekolah dan baucer kelengkapan persekolahan yang bernilai RM100. Penerima boleh menebus atau menukar baucer tersebut di Pusat Pakaian Hari Hari atau Kedai Pakaian Sekolah Canggih. Majlis tersebut telah diadakan pada 20 Disember 2017 bertempat di Dataran Skylite, SMK Convent Jalan  Peel, telah dirasmikan oleh Datuk Seri Syed Ali Alhabshee Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras.