Tuesday, October 19, 2021

ROAD SHOW ATAU JELAJAH PENDIDIKAN KE NEGERI TERENGGANU

 Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) telah mengadakan Road Show / Jelajah Pendidikan ke Negeri Terengganu pada 17 dan 18 Oktober 2021

Objektif Road Show tersebut adalah untuk melaksanakan tanggungjawab sosial ataupun CSR dan menyampaikan maklumat tentang program- program YPC dalam usaha melahirkan kumpulan pelajar yang mampu bersaing dengan pemikiran yang kritis dan kreatif serta mempunyai personaliti diri yang unggul.

Pada 17 Oktober 2021, YPC telah menyampaikan sumbangan kepada 40 pelajar anak yatim daripada SBPI Batu Rakit, SM Sains Kuala Terengganu, SM Sains Sultan Mahmud dan SMK Sultan Sulaiman. 

Pada 18 Oktober pula , YPC telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Yayasan Terengganu dan bertukar-tukar idea dan pandangan, antaranya adalah Program Halatuju Kerjaya selepas SPM, Peningkatan Soft Skill seperti Public Speaking,  Leadership Skill dan Program OneSchool Digital di sekolah-sekolah Imtiaz Negeri Terengganu

Terima Kasih kepada pihak pengurusan Yayasan Terengganu dan Pengetua-Pengetua  Sekolah yang telah memberi layanan dan kerjasama  yang cukup baik sepanjang kunjungan YPC ke Terengganu.Semoga hubungan dan kerjasama  erat ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang demi melestarikan pembangunan modal insan dan pendidikan negara.

























Monday, July 6, 2020

MAJLIS ANUGERAH ASIA PACIFIC CONFERENCE OF YOUNG SCIENTIST 2019







Yayasan Pendidikan Cheras telah melaksanakan Majlis Anugerah Asia Pacific Conference of Young Scientist ini telah diadakan dengan meriahnya pada 30 Jun 2020 bertempat di Dewan Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Kuala Lumpur. Dalam majlis ini YPC telah memberikan anugerah kepada seorang pelajar tingkatan empat daripada Sekolah Menengah Sains Alam Shah Kuala Lumpur kerana telah mengharumkan nama sekolah dan juga Negara di peringkat dunia yang telah diadakan di Negara Rusia pada tahun 2019. Pelajar yang bertuah tersebut ialah Muhammad  Harraz Nazhan Mohd Yusni telah merangkul Anugerah Emas dan Anugerah Khas untuk projek beliau yang bertajuk “CONVERTING UNUSED WOOD FUNCTIONING TIMBER”.Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Zuraida Kamaruddin,Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT), Pengerusi YPC, Y.Bhg Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, turut hadir sama Y.Bhg Tuan Anand Baharuddin, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Puan Maznah Abu Bakar, Pengarah JPWPKL, Ahli Lembaga YPC dan CEO YPC Tn.Hj. Mohd Ismail Hj. Mohd Nor. Dalam majlis tersebut Pengerusi telah menzahirkan ucapan tahniah kepada Pengetua dan Guru-Guru yang telah menyumbang terhadap kejayaan pelajar dan ibubapa pelajar tersebut yang telah mengasuh dan mendidik anak sejak kecil hingga meriah kejayaan di peringkat dunia.