Tuesday, June 21, 2011

NAJIB TERUSKAN TRADISI MENYATUPADUKAN RAKYAT MELALUI PENDEKATAN GAGASAN 1 MALAYSIA

   Seminar Penyerlahan Gagasan 1 Malaysia pada 20 Jun 2011 di SMK Convent Jalan Peel telah menampakkan hasil dalam memberi kefahaman dan penjelasan kepada kakitangan kerajaan khususnya guru-guru sekolah mengenai objektif dan konsep gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

   Seramai 250 orang peserta seminar yang terdiri dari guru dan pelajar SMK Convent Jalan Peel telah diberi penjelasan dan penerangan mengenai Konsep 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Antara guru dan pelajar yang hadir
Para pelajar kusyuk mendengar ceramah yang disampaikan

Gagasan 1 Malaysia bertujuan untuk memupuk masyarakat yang bersatu padu, mempunyai semangat cintakan negara dan berlandaskan kepada perlembagaan negara dan Rukun Negara. Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu negara.

Gagasan 1 Malaysia juga mepunyai matlamat untuk membentuk negara sebagai sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, rakyat yang berpendapatan tinggi dan bersatu padu. Gagasan ini mengambil kira keperluan rakyat pelbagai kaum dan mempunyai lapan (8) nilai utama iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan inovasi.

Guru-guru yang turut hadir mendengar ceramah


Penceramah tersebut ialah Tuan Syed Hamzah b. Syed Abdullah daripada JASA Negeri Pahang. Turut hadir dalam program tersebut ialah pegawai daripada Yayasan Pendidikan Cheras,Tuan Syed Ahmad Lokman daripada JASA Kuala Lumpur dan Puan Asiah Hussin Pengetua SMK Convent Jalan Peel.

Tetamu kehormat yang memeriahkan majlis


Kesimpulannya, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak meneruskan tradisi pemimpin terdahulu sejak zaman Tuanku Abdul Rahman hinggalah sekarang dalam menyatupadukan rakyat melalui pendekatan gagasan 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. 

No comments:

Post a Comment