Thursday, March 5, 2015

KBAT Sains dan Matematik Peringkat PT3

Yayasan Pendidikan Cheras telah mengadakan program kepada pelajar Tingkatan 3 sekolah –sekolah angkat YPC pada 25 Februari 2015. Seminar ini betujuan untuk membantu murid tingkatan 3 meningkatkan  pengetahuan dan kefahaman tentang  KBAT dalam subjek Sains dan Matematik selaras dengan perubahan dan keperluan dalam peperiksaan PT 3. Penyertaan adalah terdiri daripada sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras dan sekolah bukan yang dijemput khas disekitar cheras.Jumlah peserta adlah seramai 260 orang.




KBAT Sains dan Matematik Peringkat UPSR


Pada 11 Februari 2015, seminar ini untuk membantu murid tahun 6 meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang  KBAT dalam subjek Sains dan Matematik selaras dengan perubahan dan keperluan dalam peperiksaan UPSR.Pelajar yang menyertai seminar ini adalah seramai 240 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan kemahira berfikir aras tinggi sains dan matematik UPSR sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang.

KBAT Bahasa Melayu PT3 Guru-Guru Peringkat Bangsar Pudu


Pada 10 Februari 2015 YPC telah mengadakan satu kursus KBAT untuk guru –guru bahasa melayu di peringkat Bangsar dan Pudu.Jumlah peserta adalah 180 orang.Program ini diadakan dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru berkaitan dengan pemahaman kemhiran berfikir aras tinggi (KBAT) Bahasa Melayu.

Jamuan dan Taklimat Awal Tahun 2015


Permulaan awal tahun 2015 Yayasan Pendidikan Cheras telah mengadakan majlis jamuan tengah hari sempena sesi persekolahan 2015 sekolah-sekolah angkat pada 15 januari bertempat di dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras. Majlis Jamuan ini diadakan sebagai satu semangat berpasukan dan penghargaan PC kepada warga pendidika yang sentiasa komited dalam semua program pendidikan yang dilaksanakan pada peringkat sekolah-sekolah angkat.