AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS (YPC)


 PENAUNG
Y.B.M. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor


PENGERUSI
Y.Bhg. Datuk Seri Syed Ali Alhabshee


AHLI-AHLI LEMBAGA

Y.Bhg. Dato' Seri Yahya A.Jalil

Y.Bhg. Datuk Syed Abdillah Alhabshee

Y.Bhg. Datuk Noel Robert

Puan Sharifah Afifah Alhabshee





MISI

Memasyarakatkan Institusi pendidikan dan membantu sekolah untuk menjadi model kecemerlangan akademik, kokurikulum, kepemimpinan dan pembangunan sahsiah.


VISI


  • Membantu pihak sekolah dalam mencari sumber kewangan untuk aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
  • Membantu mempertingkatkan kemudahan asas, fizikal dan prasarana sekolah.
  • Memberi insentif kepada pelajar cemerlang UPSR, PT3 dan SPM.
  • Menganjurkan program pembangunan modal insan menerusi kursus, seminar,latihan serta strategi menjawab soalan peperiksaan.
  • Menyediakan Anugerah Guru Bestari pada setiap tahun mulai 2001-2006 dan secara dwi-tahunan mulai 2008.
  • Menyediakan biasiswa kecil, bantuan persekolahan, yuran peperiksaan kepada pelajar yang tidak berkemampuan dan yatim piatu.
  • Mengadakan program-program amal, kebajikan dan sosio-ekonomi bersama masyarakat.
  • Menjalin hubungan dengan Badan-Badan NGO, Badan-Badan Korporat serta IPTA dan IPTS melalui program perkongsian pelajar.

SEJARAH PENUBUHAN 
YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS

Program sekoalh Angkat pada mulanya diasaskan oelh UMNO Bahagian Cheras. Program ini bermula seawal tahun 1994 ketika Syed Ali Alhabshee menjadi Ketua Pemuda (PENAJA) UMNO Bahagian Cheras. Ketika itu Sekolah Pendidikan Khas Jalan Peel menjadi sekolah pertama Sekolah Angkat UMNO Bahagian Cheras.


Pada Tahun 1998, apabila Syed Ali Alhabshee dipilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Cheras, bilangan sekolah mula bertambah setelah melihat perkembangan dan sokongan yang begitu menggalakkan daripada pelbagai pihak. Pada Ketika itu, lokasi Sekolah-Sekolah Angkat boleh dikatakan terletak berhampiran dengan Pejabat UMNO Bahagian Cheras yang beroperasi di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Kuala Lumpur.


Walaubagaimanapun, hari ini Sekolah Angkat tidak lagi ditentukan oleh kedudukan yang berhampiran dengan Pejabat UMNO Bahagian Cheras di Jalan Peel, malah telah berkembang ke seluruh kawasan Cheras (dalam Kuala Lumpur) selaras dengan usaha menjana kecemerlangan dalan dunia pendidikan. Hampir dua tahun Program Sekolah Angkat ini dikelolakan oleh UMNO Bahagian Cheras sehinggalah pada 18 September 2000 Yayasan Pendidikan Cheras telah diluluskan pendaftarannya.


Tanggal 23 Ogos 2001 telah mencatat satu detik bersejarah bila mana Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) secara rasmi dilancarkan di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras. Detik bersejarah tersebut disaksikan oleh lebih 5,000 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada guru-guru sekolah, para pelajar, ibu bapa, pemimpin-pemimpin kerajaan dan parti. Mulai dari tarikh itu dan seterusnya Program Sekolah Angkat dikendalikan Sepenuhnya di bawah Pentadbiran dan Pengurusan Yayasan Pendidkan Cheras. Kini Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) sudah menjangkau usia tujuh  belas tahun dan sekarang beroperasi di Pejabat Pentadbiran YPC, Pusat Rekreasi Cheras,Jalan Peel, 55100 Kuala Lumpur.


Jmulah Sekolah Angkat yang dahulunya 19 buah sekolah (pada thun 2001) kini telah bertambah kepada 33 sekolah yang terdiri daripada 12 sekolah menengah, 19 sekolah rendah dan 2 Tabika/ Tadika. Semua sekolah rendah dan menengah di bawah lingkungan Parlimen Cheras telah pun bernaung dibawah YPC. Apa yang lebih membanggakan ialah Program Sekolah Angkat YPC tidak dibatasi oleh sempadan kawasan Parlimen, 9 sekolah buah sekolah berada diluar Parlimen Cheras juga turut bernaung dibawah Yayaysan Pendidikan Cheras. 




YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS
PEJABAT PENTADBIRAN YPC
PUSAT REKREASI CHERAS, JALAN PEEL
55100 KUALA LUMPUR
TEL/ FAKS : 03-9202 9595
EMAIL : webmaster@ypc.org.my