Wednesday, July 31, 2019
BENGKEL PENDIDiKAN ABAD KE-21 PERINGKAT MENENGAH
Program Bengkel Pendidikan Abad Ke-21 bersama Sekolah-Sekolah Menengah WPKL, dengan kehadiran 204 orang yang terdiri 102 Pnegetua dan 102 Guru Kanan Subjek yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 13-14 Mei 2019 bertempat di Kolej Antarabangsa.
YPC.
TAKLIMAT PENYELARASAN MATA PELAJARAN REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINKATAN 3
Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras telah mnganjurkan program Taklimat Penyelarasan Mata Pelajaran Reka Bentuk & Teknologi Tingkatan 3, Porgram ini telah diadakan pada 2 Mei 2019 bertempat di Kolej Antarabnagsa YPC dan jumlah peserta adalah seramai 120 orang guru tingkatan 3.
PROGRAM CEMERLANG UPSR 6A
Program Cemerlang UPSR 6A SK Seri Bintang Selatan anjuran SK SBS dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras yang diadakan pada 24 April 2019 dan jumlah peserta seramai 170 orang murid tahun 6.
BENGKEL KOMPETENSI GURU SUBJEK PERNIAGAAN
Bengkel Kompetensi Guru Subjek Perniagaan peringkat Bangsar Pudu WPKL Anjuran bersama YPC dan PPWBP KL. Program ini melibatkan guru subjek perniagaan daripada semua Sekolah Menengah Wilayah Bangsar dan Pudu. Diadakan pada 17 April 2019 dan disertai seramai 50 orang guru.
Kursus Headcount Penolong Kanan Pentadbiran Rendah 2019 Wilayah Bangsar Pudu
Kursus Headcount Penolong Kanan Pentadbiran Rendah 2019 Wilayah Bangsar Pudu, Kuala Lumpur pada 9 & 10 April 2019 bertempat di Kolej Antarabangsa YPC, Cheras.
Program ini adalah anjuran bersama Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dan PPWBPKL
Seramai 50 peserta yang terlibat dalam program yang diadakan pada kali ini.
Sunday, March 31, 2019
PROGRAM PEMERKASAAN KETUA PANITIA SAINS RENDAH
Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama PPWBPKL telah
mengadakan program pemerkasaan ketua Panitia Sains pada 5 & 6 Mac 2019
bertempat di Kolej Antarabangsa YPC yang telah disertai seramai 60 orang guru
panitia sains peringkat rendah.
BENGKEL KOMPETENSI PENDIDIKAN MORAL SPM
Bengkel Kompetensi 1 Pendidikan Moral SPM telah
diadakan pada 5 Mac 2019 bertempat di Kolej Antarabangsa YPC. Bengkel ini
melibatkan semua guru-guru Pendidikan Moral peringkat Wilayah Bangsar dan Pudu
seramai 50 orang guru.
Monday, March 18, 2019
MAJLIS HI- TEA IKATAN KASIH DAN REUNION YPC 2001-2019
Yayasan Pendidikan Cheras sekali lagi telah
mengadakan majlis yang gilang gemilang Di Hotel Istana Kuala Lumpur pada 20
Februari 2019 iaitu Majlis Hi-Tea Ikatan Kasih YPC & Reunion 2001-2019
bertujuan untuk meraikan mantan Pengetua dan mantan Guru Besar yang pernah
berkhidmat di Sekolah-sekolah Angkat YPC. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi
MAIWP, Ybhg Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee, turut hadir Pengerusi YPC Datuk
Seri Syed Ali Alhabshee, Ketua Pegawai
Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh, Pengarah Pelajaran Wilayah
Persekutuan, Tuan Haji Ismail Musa, Pengarah JAWI, Tuan Haji Mohd Ajib Ismail,
Pengarah KEMAS Wilayah, Encik Azlan Mohamed, Timbalan Pengarah Pelajaran Zon
Bangsar dan Pudu, Zon Keramat dan Zon Sentul, Mantan Pengetua dan Guru Besar
yang pernah berkhidmat di sekolah Angkat YPC dan Pengetua, Guru Besar serta guru-guru yang masih sedang berkhidmat.
Majlis tersebut telah dihadiri seramai 500 orang guru. Diharap majlisw ini dapat untuk membina
dan mengukuh ikatan permuafakatan pada kalangan warga Sekolah-sekolah Angkat
YPC termasuklah mantan Pengetua dan Guru Besar yang pernah berkhidmat di
sekolah-sekolah berkenaan. Sempena dengan majlis tersebut, Kolej Antarabangsa
YPC telah menyampaikan Surat Tawaran Biasiswa YPC kepada 20 buah sekolah
lepasan Tingkatan 5(2018) yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Kolej
Antarabangsa YPC. Setiap pelajar ditawarkan biasiswa yang berjumlah RM9000
untuk kursus Foundation.
Wednesday, January 2, 2019
SEMINAR PRINSIP PERAKAUANAN DAN EKONOMI ASAS SPM
Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras telah mengadakan seminar bagi subjek Prinsip Perakauanan dan juga subjek Ekonomi Asas. Seminar ini diadakan selama tiga hari di Kolej Antarabangsa YPC dihadiri seramai 250 orang pelajar. Objektif seminar ialah untuk membantu pelajar membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan SPM.
SEMINAR SEJARAH SPM
YPC dengan kerjasama PPWBPKL telah menganjurkan seminar untuk subjek sejarah bagi pelajar tingkatan 5, ini merupakan pecutan terakahir yang diadakan sebelum peperiksaan SPM yang akan berlangsung. Dalam seminar ini memberi fokus tentang cara dan teknik menjawab bagi setiap kertas iaitu kertas 1, kertas 2 dan kertas 3. Objektif utama seminar ini untuk membantu pelajar membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar.
Subscribe to:
Posts (Atom)