Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama PPWBPKL telah
mengadakan program pemerkasaan ketua Panitia Sains pada 5 & 6 Mac 2019
bertempat di Kolej Antarabangsa YPC yang telah disertai seramai 60 orang guru
panitia sains peringkat rendah.
Sunday, March 31, 2019
BENGKEL KOMPETENSI PENDIDIKAN MORAL SPM
Bengkel Kompetensi 1 Pendidikan Moral SPM telah
diadakan pada 5 Mac 2019 bertempat di Kolej Antarabangsa YPC. Bengkel ini
melibatkan semua guru-guru Pendidikan Moral peringkat Wilayah Bangsar dan Pudu
seramai 50 orang guru.
Monday, March 18, 2019
MAJLIS HI- TEA IKATAN KASIH DAN REUNION YPC 2001-2019
Yayasan Pendidikan Cheras sekali lagi telah
mengadakan majlis yang gilang gemilang Di Hotel Istana Kuala Lumpur pada 20
Februari 2019 iaitu Majlis Hi-Tea Ikatan Kasih YPC & Reunion 2001-2019
bertujuan untuk meraikan mantan Pengetua dan mantan Guru Besar yang pernah
berkhidmat di Sekolah-sekolah Angkat YPC. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi
MAIWP, Ybhg Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee, turut hadir Pengerusi YPC Datuk
Seri Syed Ali Alhabshee, Ketua Pegawai
Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh, Pengarah Pelajaran Wilayah
Persekutuan, Tuan Haji Ismail Musa, Pengarah JAWI, Tuan Haji Mohd Ajib Ismail,
Pengarah KEMAS Wilayah, Encik Azlan Mohamed, Timbalan Pengarah Pelajaran Zon
Bangsar dan Pudu, Zon Keramat dan Zon Sentul, Mantan Pengetua dan Guru Besar
yang pernah berkhidmat di sekolah Angkat YPC dan Pengetua, Guru Besar serta guru-guru yang masih sedang berkhidmat.
Majlis tersebut telah dihadiri seramai 500 orang guru. Diharap majlisw ini dapat untuk membina
dan mengukuh ikatan permuafakatan pada kalangan warga Sekolah-sekolah Angkat
YPC termasuklah mantan Pengetua dan Guru Besar yang pernah berkhidmat di
sekolah-sekolah berkenaan. Sempena dengan majlis tersebut, Kolej Antarabangsa
YPC telah menyampaikan Surat Tawaran Biasiswa YPC kepada 20 buah sekolah
lepasan Tingkatan 5(2018) yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Kolej
Antarabangsa YPC. Setiap pelajar ditawarkan biasiswa yang berjumlah RM9000
untuk kursus Foundation.
Subscribe to:
Posts (Atom)