Sunday, January 19, 2014

SEMINAR KECEMERLANGAN PELAJAR UPSR TAHUN 2013 SEKOLAH - SEKOLAH ANGKAT YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS

20 –21 Ogos 2013 - Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Wilayah Bangsar Pudu telah mengadakan seminar kecemerlangan pelajar UPSR  bagi calon yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2013.Seramai 200 orang murid tahun 6 yang terdiri daripada 18 sekolah angkat YPC telah terlibat dalam seminar tersebut.Seminar ini memberi tumpuan kepada murid – murid sekolah angkat YPC untuk meningkatkan bilangan murid yang memperoleh semua  ‘A ‘ dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan awam. Acara perasmian seminar kecemerlangan di dahului dengan ucapan perasmian Naib Pengerusi Seminar Kecemerlangan UPSR 2013 , Puan Esah bt Kasim , GPK Tadbir dan Kurikulum SK Convent Jalan Peel .Beberapa orang penceramah jemputan telah diundang untuk menyampaikan dan berkongsi maklumat serta teknik menjawab soalan UPSR .Bagi matapelajaran Bahasa Inggeris Puan Zuraini bt Ismail Khan ( SK Convent Sentul 2 ), Encik Ahmad Mokhtar bin Ghalib ( SK Jalan  Gurney 1) subjek Matematik ,Puan Siti Rajanah bt Jaafar ( SK Taman Midah 2 ), Encik Nazeri bin Mohamad Nor ( SK Sultan Hisamudin ), matapelajaran sains.

Monday, September 2, 2013

MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI 2013 YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS (YPC) 26 JULAI 2013

Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) telah b erjaya melaksanakan kerja amalnya menerusi pemyampaian sumbangan bantuan Hari Raya Aidilfitri 2013 kepada pelajar-pelajar sekolah angkat dan anak - anak yatim.

Usaha murni ini telah dimulakan sejak 2004 bertujuan membantu pelajar - pelajar daripada keluarga yang tidak berkemampuan dan juga anak yatim bersempena dengan kedatangan 1Syawal.

Seramai 520 pelajar yang terdiri daripada 37 buah sekolah angkat YPC yang terdiri daripada anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) dan kanak - kanak istimewa dan juga orang yang kurang berkemampuan menerima sumbangan yang disampaikan oleh Isteri Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berbahagia Paun Sri Noorainee Binti Abdul Rahma
ketibaan  Puan Sri  Noorainee di  sambut oleh YBhg Dtuk Seri Syed Ali daa Dato' HAja Zuranah Musa
Setiap seorang pelajar menerima sepasang kain, wang tunai sebanyak RM100, barangan Cosway (kuih raya, cordial minuman dan peralatan kesihatan) disamping beras 5kg dan baucar KFC.




Sumbangan ini menjadi tradisi kerja amal tahunan YPC bagi membantu pelajar - pelajar sekolah angkat YPC  yang kurang berkemampuan, OKU dan anak yatim menjelang Aidilfitri.

Kenangan Y.A.M Puan Sri bersama -sama  YBhg Datuk Seri Syed Ali  dan  Guru - guru Sekolah Angkat Yyaysan Pendidikan  Cheras