Seramai 116 graduan menerima Anugerah Diploma dan 4 graduan menerima Anugerah Cemerlang pada Konvokesyen kali ke 7 Kolej YPC yang dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato; Raja Nong Chik pada 26 Jun 2011 di Kampus Kolej YPC.
''Sesungguhnya kejayaan para graduan telah membuktikan YPC dan Kolej YPC-iTWEB amat komited, bertanggungjawab dan prihatin terhadap pembangunan ilmu pendidikan untuk anak bangsa. Kejayaan para graduan tersebut juga telah membuktikan bahawa bidang pengajian yang ditawarkan oleh Kolej YPC telah berjaya melahirkan para graduan yang berdaya saing, berpengetahuan dan berkualiti seiring dengan kehendak pasaran kerja masa kini.'' ujar Raja Nong Chik.
Turut hadir, Pengerusi Kolej YPC iT-WEB, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dan Ketua Eksekutif kolej itu, Dr.Noel Robert.
Raja Nong Chik menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima Anugerah Cemerlang |
Barisan pensyarah kolej |
Sementara itu, seorang pelajar yang menerima anugerah cemerlang pada konvokesyen tersebut, Iskandar Zulkarnain Abd. Aziz berkata, dia sangat gembira menerima anugerah terbabit. Dia yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.97 berkata pencapaian tersebut adalah hasil usaha gigihnya sepanjang menuntut di sini dan juga doa daripada ahli keluarganya.
"Saya selalu membahagikan antara masa belajar dengan aktiviti lain serta memberikan tumpuan sepenuhnya ketika belajar," katanya.
Empat orang penerima Anugerah Cemerlang Konvokesyen Kolej YPC iT-WEB ke 7 |
Keratan akhbar Utusan Malaysia - Rabu 29 Jun 2011 |
No comments:
Post a Comment