Yayasan Pendidikan Cheras derngan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Cheras telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Sekolah Sesi 2012 yang dirasmikan oleh Y.Bhg Tan Sri Ahmad Fuad Bin Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 17 Disember 2011 di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel.
Turut hadir, Y.Bhg Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Y.Bhg Datuk Mahadi Bin Abd Shukor, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras serta Y.Bhg Datuk Syed Mehdhar Bin Syed Abdullah, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Cheras.
Pada majlis tersebut, seramai 649 orang penerima yang merupakan pelajar-pelajar sekitar Parlimen Cheras menerima voucer giant bernilai RM100.00 setiap seorang.
No comments:
Post a Comment