Kecemerlangan para pelajar dan
peningkatan prestasi akademik telah menjadi agenda penting bagi Yayasan
Pendidikan Cheras (YPC). Sehubungan itu, YPC telah menganjurkan Seminar
Kecemerlangan UPSR 2012 dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu
dengan memberi tumpuan kepada murid-murid sekolah angkat YPC sendiri untuk
meningkatkan bilangan murid yang akan memperoleh ‘semua A’ dalam semua mata
pelajaran yang diambil dalam peperiksaan awam berkenaan. Melalui usaha ini
diharapkan kualiti pendidikan dapat diteruskan dan kuantiti kecemerlangan
pelajar dapat ditambah baik.
Rasionalnya member pendedahan
kepada calon UPSR 2012 tentang teknik menjawab dengan cemerlang dengan dibantu
oleh barisan guru yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.
Matlamat untuk meningkatkan
prestasi dan peratus murid mendapat ‘semua A’ dalam setiap mata pelajaran yang
diambil dalam UPSR 2012 bagi sekolah-sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras.
No comments:
Post a Comment