Thursday, February 13, 2014

PROGRAM MOTIVASI AWAL PMR 2014

Yayasan Pendidikan cheras (YPC) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu, telah  mengambil inisiatif melaksanakan program motivasi awal sesi persekolahan tahun 2014. Program ini melibatkan seramai 200 orang pelajar peringkat PMR, yang terpilih dari sekolah-sekolah angkat YPC.

.         Objektif program motivasi ini adalah untuk menyerlahkan potensi diri agar mereka dapat membuat sasaran (goal setting) pembelajaran yang betulvserta murid dapat mengamalkan kaedah kemahiran belajar dengan cara yang berkesan dan dapat membimbing murid memahami konsep menuntut ilmu berasaskan kepada konsep Islam. 








Wednesday, February 12, 2014

MOTIVASI MEMBENTUK MURID LEBIH FOKUS

YAYASAN Pendidikan Cheras (YPC) menganjurkan Program Motivasi Awal Sesi Persekolahan 2014 kepada 400 orang murid sekolah -sekolah angkatnya untuk membimbing mereka supaya memahami kaedah pembelajaran secara lebih berfokus.
Pengerusi  YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pihaknya menyediakan program yang dapat membantu murid lebih berfokus dan mempunyai sasaran dalam belajar supaya mereka akan lebih yakin serta berjaya dalam akademik.
Jika sasaran telah dibuat dari awal lagi, ini akan membolehkan seseorang  murid itu lebih berfokus dalam pembelajaran mereka dan akan berusaha gigih untuk mencapai kejayaan, katanya dalam satu kenyataan baru - baru ini.
Program anjuran Biro Latihan dan Pendidikan YPC dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur(PPWBPKL)ini melibatkan kumpulan murid yang terpilih daripada 12 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah dari zon Pudu.
Fokus utama program ini adalah untuk memberi kefahaman kepada murid tentang konsep menetapkan sasaran(goal setting) dalam pembelajaran kerana kajian rambang oleh pihak penganjur mendapati sebahagian besar daripada pelajar yang telah mengikuti beberapa program pendidikan anjuran YPC sebelum ini tidak begitu jelas atau kurang memahami konsep berkenaan.
Faktor ini menjadi halangan kepada murid sekolah - sekolah angkat YPC untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.
Melalui program ini, calon yang bakal menduduki peperiksaan awam dibimbing dengan pendekatan kaedah - kaedah pembelajaran secara berkesan (effective learning).
Menurut Penyelia Kanan Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu (PPWBP), Rosnani Md. Pungot, menetapkan sasaran adalah penting justeru murid perlu diberikan pendedahan dari awal sesi persekolahan.
Peserta program juga berpeluang untuk dibimbing bagi menentukan hala tuju mereka, merancang dan memahami kaedah belajar yang berkesan bagi mendapatkan hasil yang  terbaik,tambahnya.
Selain itu, satu daripada perkara utama yang ditekankan dalam pengisisan program ini adalah pendekatan menuntut ilmu dari perspektif islam.
Ketua Unit Dakwah Jabatan Pelajaran Negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPNWPKL), Ustaz Zulkifly Ahmad menyifatkan program ini sebagai satu pendekatan yang holistik dan menyeluruh. 
Inilah sebenarnya bentuk transformasi yang kita ingin lihat berlaku di kalangan murid islam. Murid belajar bersungguh - sungguh kerana ingin berjaya dan pada masa yang sama mereka memahami bahawa menuntut ilmu adalah satu ibadah yang dituntut oleh agama kita, jelasnya- Utusan 10 Februari 2014

Tuesday, February 11, 2014

MOTIVASI UPSR 2014

Program motivasi UPSR 2014 yang dirancang kepada  pelajar - pelajar tahun 6 sekolah -sekolah angkat berjalan dengan jayanya pada 22 Januari 2014 bertempat di Kolej YPC IT-WEB. Program ini diserta oleh 17 buah sekolah angkat iaitu seramai 190 pelajar dan disusuri dengan tiga slot iaitu slot Goal setting yang disampaikan oleh penceramah Pn. Rosnani Hj. Md Pungot, Slot kedua tentang Effective Learning yang disampaikan oleh En. Izudin Syah Abdullah yang menyentuh tentang cara belajar yang berkesan. Dalam program tersebut juga telah diselitkan sekali program Promosi Bahasa Inggeris yang telah disampaikan oleh Cik Nabila.. Manakala slot yang ketiga bertajuk Menuntut Ilmu Daripada Perspektif Isalam yang disampaiakan oleh Ustaz Abdul Aziz. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar yang akan mendududki peperiksaan UPSR cara belajar yang betul dan kesan.