Tuesday, August 25, 2015

Seminar PIBG anjuran YPC memberi fokus kepada PBS dan KBAT sebagai satu transformasi

SERAMAI 300 orang ibu bapa dari sekolah-sekolah menengah dan rendah Wilayah Pudu, Kuala Lumpur telah menghadiri seminar PIBG anjuran Yayasan pendidikan Cheras(YPC) baru-baru ini. Objektif utama seminar ini ialah untuk memberikan pendedahan khusus kepada ibu bapa mengenai perubahan semasa yang berlaku dalam sistem pendidikan negara.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Satu Transformasi Dalam Sistem Pendidikan Negara merupakan tajuk yang dipilih oleh Biro Pendidikan YPC. Tajuk ini sangat relevan dengan perubahan semasa yang berlaku dalam sistem pendidikan hari ini dan ianya melibatkan sekolah secara langsung.
Dua Orang penceramah dari lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu Dr Rahimah bt Adam dan Ustaz Khalid Ahmad Dahalan telah berkongsi pengetahuan tentang tajuk tersebut dan berjaya menarik perhatian peserta seminar. Ramai ibu bapa yang tampil mengemukakan pelbagai soalan, malah mereka mahukan supaya program seperti ini diadakan selalu.
Menurut pengerusi YPC Datuk Seri Syed Ali Al Habshee, program yang dilaksanakan oleh YPC tidak tertumpu kepada warga guru sahaja, malah juga ibu bapa. Seminar tersebut merupakan suatu usaha yang diambil untuk mengurangkan keresahan ibu bapa mengenai pembelajaran anak-anak di sekolah.
“ kita ucapkan syabas dan tahniah kepada ibu bapa yang hadir, ianya menunjukkan satu rasa tanggungjawab tentang anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa tidak boleh menyerahkan anak-anak kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi mesti ada tannggungjawab bersama, jika ingin melihat anak-anak kita berjaya” tambah Syed Ali lagi.
Dalam ucapan penutupan seminar, Datin Hjh Nawal bt Salleh Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia memuji usaha yang dilaksanakan oleh Yayasan Pendidikan Cheras. Sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) ,YPC telah melakskanakan banyak program pendidikan yang memberi banyak kebaikan kepada semua.

“ Ibu bapa tidak perlu gusar dengan pelaksanaan PBS dan KBAT di peringkat sekolah, kerana ianya akan memberikan  impak yang baik dan sangat berguna untuk kejayaan anak-anak pada jangka masa panjang. KBAT boleh merangsang anak-anak untuk menjadi bijak berfikir” tambahnya lagi.

                            Peserta Seminar PIBG Wilayah Pudu Kuala lumpur anjuran Yayasan Pendidikan                                                                          Cheras sedang memberi tumpuan kepada ceramah yang sedang disampaikan

No comments:

Post a Comment