Tuesday, September 15, 2015

DATA RAYA TUTOR MUDAHKAN TUGAS GURU












Ismail Musa (duduk) melihat isi kandungan perisian Data Raya Tutor bersama Edahwati Abdul Halim (tiga dari kiri) 

sambil diperhatikan Othman Mohamad(dua dari kiri) dalam Majlis Pelancaran Data Raya Tutor di SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Laman Portal Pendidikan Utusan Malaysia, Data Raya Tutor diyakini mampu dan memudahkan guru-guru bagi memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran  (P&P) di dalam bilik darjah.
Timbalan Pengarah Pendidikan, Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar/Pudu, Kuala Lumpur, IsmailMusa berkata, pihaknya yakin proses transformasi pendidikan yang sedang dilaksanakan dapat dilakukan dengan lebih midah terutama dalam aspek menintegrasikan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan penggunaan teknologi di dalam bilik darjah dengan adanya pendekatan sebegini.
Katanya, program Data Raya Tuotr itu dilihat sebagai kemudahan untuk meringankan tugas guru-guru dalam mencari bahan pengajaran yang berkualiti, sekaligus mampu meingkatkan prestasi pencapaian akademik para pelajar.
" Saya difahamkan, pelajar dan guru boleh mengakses program Data Raya Tutor secara dalam talian dengan menggunakan pelbagai platform dan gajet iaitu sama ada komputer riba, telefon pintar atau tablet bagi membantu aktiviti pembelajaran serta menjadi rujukan berguna kepada mereka di sekolah.
"Saya yakin penggunaan Data Raya Tutor yang bersifat dalam talian menyediakan gaya pembelajaran terkini penuh bermaklumat, di samping merangsangkan guru serta pendidik bagi memantapkan lagi perancangan, tindakan dan amalan guru ke arah kejayaan pelajar,"katanya ketika berucap dalam majlis Pelancaran Data Raya Tutor anjuran Utusan Malaysia di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Ismail Mohd. Nor, Ahli LembagaPerancang Strategik Unit Pendidik Utusan Malaysia, Datuk Abu Hanipah Pandak Yahaya, Penasihat Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Jalan Peel, Edahwati Abdul Halim dan Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Azman Husin.
Data Raya Tutor merupakan perkongsian P&P antara guru di seluruh negara, berperanan dalam membantu dan memudahkna guru-guru mengakses, memilih, memanipulasi dan memuat turun soalan-soalan yang disediakan.
Data soalannya menepati sukatan pelajaran semasa dan memudahkan pendidik merancang pembelajaran dengan lebih awal melalui bahan terkini serta boleh diakses di laman web www.tutor.com.my.
Sementara itu, Othman berkata, program itu merupakan inisiatif dalam penambahbaikan edisi sedia ada bagi memudahkan wargs guru mengakses isi kandungan pelajaran, mengintegrasikan bahan, sekaligus menyediakan bahan pengajaran lebih baik untuk pelajar.
Katanya, melalui program tersebut, guru-guru dapat menambah dan memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran secara percuma melalui pautan yang disediakan di Data Raya Tutor.
"Data Raya Tutor menggunakan konsep 3T iaitu Tutor, Teacher, Teaching bagi membantu mereka(guru dan pelajar)mendapat segala maklumat terkini melalui soalan - soalan latih tubi yang mengandungi elemen-elemen KBAT, sekaligus meningkatkan pencapaian keputusan murid-murid, katanya.
Dalam pada itu, Edahwati memberitahu, program tersebutmerupakan platform terbaik memudahkan terutamanya guru-guru dalam mencari dan menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti untuk sesi pengajaran.
" Dengan kepesatan teknologi kini, saya yakin program ini mampu membimbing guru-guru dan pelajar untuk memperoleh segala bahan pengajaran dan ilmu pengetahuan dengan lebih cepat dan berkesan 
" Insya-Allah, saya yakin Data Raya Tutor akan memberi banyak manfaat, sekaligus mampu melonjakkan prestasi, katanya, Pada majlis tersebut, YPC  turut menaja 500 akaun Tutor bernilai RM5,000 kepada 12 buah sekolah di sekitar Cheras yang merupakan anak angkatnya termasuk SMK Convent Jalan Peel , SMK Seri Saujana, SMK Seri Permaisuri, SMK Seri BintangUtara, SMK Seri Bintang Selatan, SMK Puterijaya, SMK Miharja, SM Teknik Cheras, SMK Dato' Onn, SMK Perempuan Pudu, SMK Cheras dan SMK Yaakob Latif.-PETIKAN ARTIKEL UTUSAN 15 SEPTEMBER 2015




No comments:

Post a Comment