Yayasan Pendidikan Cheras menggunakan strategi lautan biru untuk membuka
minda dan daya fikir pelajar di 37 sekolah angkatnya iaitu dengan memberi fokus
terhadap penguasaan subjek Sains dan Matematik.
Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, dua subjek
ini penting bukan sahaja untuk membantu pelajar cemerlang dalam peperiksaan
awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan
Tiga (PT3) malah demi kerjaya masa depan mereka.
“Penerapan ilmu sains dan matematik dari peringkat awal dan
secara berterusan akan dapat meningkatkan minat mereka dalam bidang tersebut
sekali gus menjadikan mereka lebih yakin dan berfokus untuk belajar,” katanya.
YPC menganjurkan Seminar Kecemerlangan Sains dan Matematik yang
melibatkan 500 pelajar tahun enam dan tingkatan tiga sekolah angkatnya di Kolej
Antarabangsa YPC di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Seminar ini merupakan kesinambungan terhadap beberapa program
pendidikan yang telah dianjurkan oleh YPC sejak dari awal sesi persekolahan 2016.
Objektif utama seminar adalah bagi memupuk minat pelajar,
aplikasi konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan memahami kaedah
efektif untuk cemerlang dalam subjek Sains dan Matematik.
Seminar dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Wilayah
Bangsar Pudu ini dikendalikan guru cemerlang subjek berkenaan.- petikan utusan 4 april 2016
Guru Cemerlang Matematik,
Alima Ahmad memberi tunjuk ajar kepada peserta seminar Kecemerlangan PT3 subjek
Sains dan Matematik di Kolej Antarabangsa YPC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment