Pada 24 Mei
2016 bertempat di Tingkat 14, Hotel Bejaya Times Square, Kuala Lumpur Yayasan
Pendidikan Cheras dengan berbesar hati meraikan hari Guru
bersama Mantan Pengetua/Guru Besar juga bersama Pengetua dan Guru Besar Sekolah Angkat Yayasan Pendidikan Cheras
bertemakan “ Erti Budi Kasih Bersemi” . Mantan Pengetua dan Guru Besar yang
dijemput merupakan mereka yang pernah berkhidmat di sekolah- sekolah angkat
Yayasan bermula tahun 2000 sehingga Mei 2016. Selain mantan YPC juga menjemput
Pengetua dan guru besar yang masih berkhidmat di sekolah angkat YPC. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Hajah Fuziah binti Buang, Pengarah Jabatan
Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hj. Ismail bin Musa Timbalan
Pengarah Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu, Pn. Asiah binti Husin, Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Keramat , Pn Rusni
Ab.Jalil, Ketua Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan turut hadir sama adalah Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation, Dato
Hajah Zurainah binti Musa, Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Mahadi b Abdul Shukor, Pengerusi
Yayasan Pendidikan Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee serta CEO YPC Encik
Mohd Ismail Hj .Nor dan Pengerusi Biro Latihan dan Pendidikan YPC Tn.Hj
Jamaludin bin Abdullah. Mantan Pengetua dan Guru besar yang hadir adalah seramai 141 orang.
No comments:
Post a Comment