Yayasan
Pendidikan Cheras dengan kerjsama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu
(PPWBP) telah menganjurkan satu seminar SPM siri 1 pada 21 April 2016 untuk
pelajar – pelajar tingkatan 5 tahun 2016. Objektif seminar ialah untuk membantu
murid-murid tingkatan 5 sekolah-sekolah angkat YPC membuat persiapan menghadapi
peperiksaan SPM 2016. Antara fokus subjek untuk seminar ini adalah Bahasa
Melayu 2 dan MAtematik Moden yang disertai seramai 250 orang pelajar. Dalam seminar tersebut pelajar di dedahkan tentang format peperiksaan dan juga cara untuk menjawab soalan dengan tepat mengikut kehendak atau memenuhi syarat standard yang tetapkan oleh bahagian peperiksaann Kementerian Pelajaran Malaysia.
No comments:
Post a Comment