Tuesday, January 24, 2017

SEMINAR PIBG SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH WILAYAH BANGSAR DAN PUDU

Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur (PPWBP KL) telah menganjurkan seminar tersebut pada 21 Januari 2017 bertempat di YPC International College, Taman Maluri. Majlis penutupan telah dilakukan oleh Pengarah Pendidikan JPWP KL, Dato’ Hajah Foziah binti Buang, turut hadir sama Timbalan Pengarah Pelajaran Zon Bangsar Pudu , Zon Keramat dan Zon Sentul hadir sama dalam majlis tersebut Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, Prinsip Kolej Antarabangsa YPC Datuk Noel Robert. Penyertaan daripada YDP dan AJK PIBG terdiri  kalangan Ibu bapa dari sekolah zon Bangsar dan Pudu yang berjumlah 154 buah sekolah. Objektif utama seminar ini untuk memberikan maklumbalas dan pendedahan kepada ajk PIBG (ibubapa) mengenai perubahan-perubahan semasa yang berlaku dalam sistem pendidikan Negara, khususnya berkaitan dengan peperiksaan dan penilaian yang berlaku di peringkat sekolah rendah dan menengah.


Sunday, January 8, 2017

YPC peruntukkan RM10 000 kepada semua sekolah angkat untuk sesi persekolahan 2017






















Datuk Seri Syed Ali Al Habshee Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Dato Foziah Buang Pengarah JPWPKL, Datuk Roslan Hassan CEO Yayasan Wilayah Persekutuan bersama-sama pengetua dan guru besar sekolah-sekolah angkat dan para tetamu yang hadir pada majlis jamuan awal tahun yang diadakan di dewan rekreasi UMNO Cheras Kuala lumpur baru-baru ini.
YAYASAN Pendidikan Cheras mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 000 kepada semua sekolah angkat YPC pada majlis jamuan tengah hari bersama warga guru yang telah diadakan di dewan rekreasi UMNO Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras Datuk Seri Syed Ali AlHabshee menjelaskan peruntukan tersebut merupakan sumbangan tahunan YPC bagi membantu semua sekolah angkat melaksanakan program pendidikan pada sepanjang sesi persekolahan tahun 2017.
“ Sumbangan ini merupakan bantuan dan sokongan padu YPC kepada sekolah-sekolah angkat untuk membolehkan mereka melaksanakan program pendidikan yang melibatkan guru-guru  dan pelajar di sekolah”, Jelas Syed Ali.
“ Pihak pengurusan sekolah perlu bijak dan wibawa untuk membentuk satu pasukan guru yang mantap, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi untuk menjayakan program pendidikan dan seterusnya melahirkan genarasi pelajar yang cemerlang, “ tambahnya lagi.
Seramai 250 orang warga guru sekolah-sekolah angkat telah menghadiri majlis jamuan tengah hari sempena sesi persekolahan 2017. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dato Foziah Buang Pengarah JPWPKL, Dato Roslan Hasan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Ajk UMNO Cheras, Timbalan-Timbalan Pengarah JPWPKL dan tetamu jemputan lain.
“ Warga sekolah-sekolah angkat YPC perlu bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan dan komitmen berterusan YPC, dan perlu merebut peluang yang diberikan sebaik mungkin untuk kebaikan bersama’ jelas Foziah,  Pengarah JPWPKL.
“ Secara peribadi saya berasa sayu dan kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh pengerusi YPC atas keikhlasannya untuk membantu sekolah-sekolah angkat khasnya dan JPWPKL amnya, “ tambah Foziah.

Yayasan Pendidikan Cheras yang ditubuhkan pada tahun 2000 mempunyai 37 buah sekolah angkat terdiri daripada  12 sekolah menengah, 19 sekolah rendah, 2 sekolah rendah  Pendidikan khas, 2 Sekolah Rendah Agama (SRA) dan 2 Tabika Perpaduan/Kemas.-5/1/2017