Datuk Seri Syed Ali Al Habshee Pengerusi Yayasan Pendidikan
Cheras, Dato Foziah Buang Pengarah JPWPKL, Datuk Roslan Hassan CEO Yayasan
Wilayah Persekutuan bersama-sama pengetua dan guru besar sekolah-sekolah angkat
dan para tetamu yang hadir pada majlis jamuan awal tahun yang diadakan di dewan
rekreasi UMNO Cheras Kuala lumpur baru-baru ini.
YAYASAN Pendidikan Cheras mengumumkan
peruntukan sebanyak RM10 000 kepada semua sekolah angkat YPC pada majlis jamuan
tengah hari bersama warga guru yang telah diadakan di dewan rekreasi UMNO
Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras Datuk Seri Syed Ali
AlHabshee menjelaskan peruntukan tersebut merupakan sumbangan tahunan YPC bagi
membantu semua sekolah angkat melaksanakan program pendidikan pada sepanjang sesi
persekolahan tahun 2017.
“ Sumbangan ini merupakan bantuan dan sokongan padu YPC
kepada sekolah-sekolah angkat untuk membolehkan mereka melaksanakan program
pendidikan yang melibatkan guru-guru dan
pelajar di sekolah”, Jelas Syed Ali.
“ Pihak pengurusan sekolah perlu bijak dan wibawa untuk
membentuk satu pasukan guru yang mantap, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi
untuk menjayakan program pendidikan dan seterusnya melahirkan genarasi pelajar
yang cemerlang, “ tambahnya lagi.
Seramai 250 orang warga guru sekolah-sekolah angkat telah
menghadiri majlis jamuan tengah hari sempena sesi persekolahan 2017. Turut
hadir pada majlis tersebut ialah Dato Foziah Buang Pengarah JPWPKL, Dato
Roslan Hasan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Ajk
UMNO Cheras, Timbalan-Timbalan Pengarah JPWPKL dan tetamu jemputan lain.
“ Warga sekolah-sekolah angkat YPC perlu bersyukur dan
berterima kasih atas sumbangan dan komitmen berterusan YPC, dan perlu merebut
peluang yang diberikan sebaik mungkin untuk kebaikan bersama’ jelas Foziah, Pengarah JPWPKL.
“ Secara peribadi saya berasa sayu dan kagum dengan sikap yang
ditunjukkan oleh pengerusi YPC atas keikhlasannya untuk membantu
sekolah-sekolah angkat khasnya dan JPWPKL amnya, “ tambah Foziah.
Yayasan Pendidikan Cheras yang ditubuhkan pada tahun 2000
mempunyai 37 buah sekolah angkat terdiri daripada 12 sekolah menengah, 19 sekolah rendah, 2
sekolah rendah Pendidikan khas, 2 Sekolah
Rendah Agama (SRA) dan 2 Tabika Perpaduan/Kemas.-5/1/2017
No comments:
Post a Comment