Pada 21 dan
22 September 2016, Yayasan Pendidikan
Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu (PPWBP) telah menganjur satu seminar yang sangat
bermanfaat kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mengambil subjek perdagangan dan ekonomi asas. Pelajar-pelajar
yang terlibat adalah pelajar dari sekolah angkat dan juga pelajar dari beberapa
buah sekolah yang dijemput oleh PPWBP sekitar cheras. Objektif utama diadakan
seminar ini ialah untuk membantu murid
tingkatan 5 dalam subjek Ekonomi Asas dan Perdagangan meningkatkan
persiapan bagi menghadapi peperiksaan SPM akan diadakan pada bulan November
2016. Untuk seminar kali ini jumlah penyertaan adalah seramai 310 orang pelajar
yang mana terdiri daripada 12 buah sekolah angkat, dan 3 buah dari sekolah yang
berhampiran dengan Yayasan Pendidikan Cheras iaitu SMK Cochrane, SMK Datok
Lokman dan SMISTA dan juga Sekolah jemputan PPWBPKL.Seminar ini telah diadakan diKolej Antarabangsa YPC.
No comments:
Post a Comment