Wednesday, December 13, 2017

BENGKEL KELESTARIAN GURU SAINS SEKOLAH RENDAH MALAYSIA

Bengkel Kelestarian Guru Sains Rendah Malaysia yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 13hb hingga 15hb Disember 2017 di YPC International College, untuk membuka ruang kepada semua guru sains menambah ilmu dalam memantapkan pengetahuan dan kualiti pengajran mereka seiring dengan perkembangan bidang pendidikan terkini dan menyahut cabaran globalisasi pendidikan negara satu usaha meningkatkan kualiti pencapaian subjek sains bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Objektif utama bengkel ini diharapkan dapat menyebarkan pengalaman dan kemahiran guru berpengalaman kepada peserta, memberi pengetahuan dan pendedahan teknologi pendidikan terkini yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran guru sains, menambah nilai dalam profesional guru-guru terlibat, menjadikan peserta sebagai penggerak untuk menjayakan pendidikan abad ke-21 di Malaysia serta menaikkan lagi kualiti dan kuantiti kecemerlangan subjek Sains secara menyeluruh dan menjadi sumber inspirasi dan pencetus semangat, agar berlaku anjakan paradigm dalam kalangan guru khususnya guru Sains seluruh Malaysia. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Haji Mohd Ismail b Haji Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif  YPC.





No comments:

Post a Comment