Wednesday, December 27, 2017

BENGKEL MODUL BESTARI MATA PELAJARAN TEKNIK & VOKASIONAL SPM

Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur (PPWBP KL) meneruskan usaha untuk menjana kecemerlangan bidang pendidikan dengan menganjurkan bengkel penulisan subjek Teknik Vokasional (TekVok) yang melibatkan seramai 60 orang guru mata pelajaran Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, Perdagangan dan Ekonomi Rumah Tangga. Objektif bengkel modul bestari ini ialah untuk menyediakan sumber teknik menjawab soalan yang diterapkan dengan unsur KBAT dan untuk meningkatkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) TekVok di peringkat sekolah dan seterunya menyumbang kepada peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS). Modul ini akan digunakan oleh sema sekolah di Wilayah Bangsar dan Pudu yang terlibat dengan subjek berkenaan. Bengkel ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 8-9 Mac 2017bertempat di YPC International College.



No comments:

Post a Comment