Wednesday, December 27, 2017

PELANCARAN PROJEK RINTIS SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPN)

Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan projek rintis Skim Simpanan Pendidikan Tinggi (SSPN) yang melibatkan seramai 100 pelajar murid Tahun 1 2017, sekolah-sekolah angkat YPC. Objektif utama projek ini ialah untuk menanam minat menabung pada kalangan murid dari peringkat awal perseklahan sebagai persiapan untuk mengikuti sesi pembelajaran hingga ke peringkat Universiti. Yayasan Pendidikan Cheras(YPC) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan sumbangan awal kepada semua murid terpilih untuk membolehkan akaun SSPN dibuka dan dimiliki oleh murid berkenaan. Majlis Pelancaran ini diadakan pada 24 Oktober 2017 bertempat di Auditorium Tan Sri Syed Abbas Alhabshee, YPC International College dirasmikan oleh Datuk Seri Syed Ali Alahabshee, Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras.


No comments:

Post a Comment