Tuesday, February 27, 2018
Majlis Perasmian mesyuarat Agong PIBG SK Yaacob Latif 1
Menjadi tradisi setiap tahun kebanyakan sekolah-sekolah angkat menjemput wakil dari Yayasan Pendidkan Cheras untuk merasmikan Mesyuarat Agong PIBG. SK Yaacob Latif 1 telah mengadakan mesyuarat Agong PIBG pada 23 Februari 2018 YPC telah diwakili Oleh Tn.Haji Jamaludin bin Abdullah, Pengerusi Biro latihan dan Pendidikan YPC.
Bengkel Pembugaran PAK21
Bengkel Pembugaran PAK21 (Pendidikan
Abad Ke 21) ini telah diadakan pada 12 Februari 2018, bertempat di YPC
International College. Bengkel ini telah diadakan khusus untuk pengetua dan
Guru besar peringkat Wilayah Bangsar dan Pudu yang terdiri daripada 100 orang
Guru Besar dan 55 orang Pengetua. Objektif bengkel ini adalah untuk pengukuhan
pelaksanaan PAK21 di peringkat sekolah iaitu sekolah menengah dan sekolah rendah
bangsar dan Pudu. Pengisian utama bengkel ini adalah pengenalan kepada PAK21,
Standard Asas PAK21, Kolerasi PAKS21 dan SKPMg2, Pembelajaran Berasaskan
Penyelesaian masalah, inkuiri dan pro
jek, pentaksiran serta profil murid dan rumusan.
Tuesday, February 13, 2018
BENGKEL KOMPETENSI GURU BAHASA INGGERIS TAHUN 6
Bengkel ini diadakan selaam dua hari iaitu pada 7 & 8 Februari 2018 yang melibatkan gru-guru bahasa inggeris tahun 6 seramai 40 orang. Fokus utama bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan teknik penandaan kertas peperiksaan UPSR kepada guru-guru bahasa Inggeris yang mengajar tahun 5 dan tahun 6. Dalam bengkel ini guru-guru diperjelaskan mengenai penanda aras yang ditetapkan oleh kementerian dalam menanda kertas peperiksaan bagi subjek Bahasa Inggeris tahun 6 mengikut format peperiksaan UPSR yang sebenar.
SEMINAR KEPIMPINAN REMAJA CEMERLANG SIRI 1/2018
Seminar Kepimpinan Remaja Cemerlang ini telah diadkan pada 7 Feb 2018 melibatkan pelajar-pelajar Tahun 6 yang terdiri daripada 250 pelajar sekolah-sekolah angkat YPC yang terdiri daripada Pengawas, Pengerusi Unit Beruniform, Pegawas Pusat Sumber(PSS), Pembimbing Rakan Sebaya(PRS). Objektif semnar ini adlah untuk menerapkan nilai-nilai kepimpinan pada kalangan remaja di sekolah serta memberikan suatu pendedahan mengenai kualiti dan tanggungjawab kepimpinan dalam diri mereka. Pengisian seminar ini merupakan satu pengenalan tentang erti kepimpinan serta nilai-nilai dan kemahiran memimpin dan dapat melatih ke arah KBAT- Kemahiran Berfikir Aras Tinggi bagi membentuk kualiti kepimpinan yang baik serta kaedah memimpin secara berkumpulan.
Monday, February 12, 2018
BENGKEL PEMBINAAN MODUL PROGRAM PERFECT SCORE SUBJEK EKONOMI, PRINSIP AKAUN DAN PERNIAGAAN
Bengkel ini telah diadakan pada 6 Feb 2018 bertempat di YPC International College, bengkel tersebut melibatkan guru-guru TEVET iaitu seramai 65 orang peringkat Wilayah Bangsar dan Pudu. Bengkel ini diadakan untuk membantu sekolah meningkatkan Gred Purata mata pelajaran yang berkenaan. Selain itu juga, adalah untuk meningkatkan peratus lulus dan cemerlang A dalam mata pelajaran TekVok. Pengisian bengkel pembinaan modul ini sesuai untuk memudahkan PdP guru dan supaya guru-guru dapat menguasai DSKP mata pelajaran.
PROGRAM " I SEE U " TRANSFORMASI DAERAH TAHUN 2018
Yayasan Pendidikan Cheras dangan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Baangsar dan Pudu (PPWBP) telah menganjurkan program " I SEE U" Transformasi Daerah Tahun 2018 diadakan pada 5 Feb 2018 bertempat di YPC International College. Program ini melibatkan 30 buah sekolah Menengah dan sekolah Rendah yang terpilih peringkat Wilayah Bangsar dan Pudu. Dalam program tersebut seramai 30 orang Guru Besar dan Pengetua yang terlibat, objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan peratus kelulusan dan pencapaian akademik di peringkat sekolah menengah dan rendah yang terpilih.
Subscribe to:
Posts (Atom)