Bengkel ini telah diadakan pada 6 Feb 2018 bertempat di YPC International College, bengkel tersebut melibatkan guru-guru TEVET iaitu seramai 65 orang peringkat Wilayah Bangsar dan Pudu. Bengkel ini diadakan untuk membantu sekolah meningkatkan Gred Purata mata pelajaran yang berkenaan. Selain itu juga, adalah untuk meningkatkan peratus lulus dan cemerlang A dalam mata pelajaran TekVok. Pengisian bengkel pembinaan modul ini sesuai untuk memudahkan PdP guru dan supaya guru-guru dapat menguasai DSKP mata pelajaran.
No comments:
Post a Comment