Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, biasiswa dan bantuan kewangan ditawarkan kepada pelajar yang berhasrat menyambung pengajian diploma dan ijazah tetapi pada masa yang sama tidak berkemampuan berbuat demikian.
“Pelajar yang tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup ini, kita akan bantu dengan memberi biasiswa untuk menyambung pengajian mereka di Kolej Antarabangsa YPC atau ke Liverpool John Moores University (LJMU), United Kingdom melalui program kerjasama dengan YPC,” katanya .
Beliau berkata demikian dalam majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kolej Antarabangsa YPC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa YPC, Datuk Dr. Noel Robert.
Peluang ini terbuka kepada lepasan SPM dengan lima kredit yang layak untuk mengikuti program asasi dalam pelbagai bidang antaranya pengurusan perniagaan, teknologi maklumat, komputer multimedia dan perakaunan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada e-mel info@ypc­college.edu.my.