Monday, March 7, 2011

Insiden pelajar baling bom buatan sendiri : Syed Ali mahu semua pihak tangani masalah disiplin di sekolah

PENGERUSI Yayasan Pendidkan Cheras (YPC), Datuk Wira Syed Ali Alhabshee melahirkan rasa bimbang terhadap tahap disiplin di kalangan pelajar sekolah yang sejak akhir-akhir ini semakin serius.

Katanya, jika disiplin pelajar tidak dibendung dikhuatiri akan mendorong mereka bertindak secara lebih aggresif sehingga menjejeaskan tumpuan mereka di bangku sekolah.

Beliau berkata, masalah disiplin di kalangan pelajar perlu diberikan perhatian serius bukan sahaja oleh guru dan ibu bapa, malah memerlukan sokongan  komuniti setempat.

“Selaku Pengerusi YPC yang secara langsung terbabit dalam pembangunan pendidikan, saya amat bimbang mendengar laporan pelajar terbabit dalam pelbagai kegiatan termasuk bertindak ala-kongsi gelap,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insisden dua pelajar sekolah menengah di Setapak, Kuala Lumpur yang dikatakan melontar bom buatan sendiri di perkarangan sekolah pagi semalam kerana tidak berpuas hati dengan seorang guru.

Pelajar berkenaan yang identiti mereka sudah dikenali dan kini dalam siasatan polis dikatakan membuat bom tersebut menggunakan mercun bola dan lingkaran ubat nyamuk.

Sementatra di Kangar, Perlis, seorang pelajar patah tangan kerana dibelasah oleh empat pelajar lain. Pelajar malang itu ditarik keluar daripada bilik darjah semasa guru sedang mengajar sebelum dipukul.

Pelajar samseng tersebut kini dipercayai telah di tahan di Balai Polis Kangar.  

“Perbuatan melontar bom buatan sendiri amat serius dan menyalahi undang-undang, Kes ini perlu ditangani secara bijak oleh pihak terbabit,” tegas Syed Ali.

Dalam hal ini, beliau berpendapat ibu bapa merupakan pihak yang lebih bertanggungjawab untuk memastikan s etiap pergerakan anak-anak mereka.

“Ibu bapa harus memberi tumpuan atau mengambil tahu aktiviti anak-anak mereka bagi memastikan tidak terpengaruh dengan budaya ganas,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan pelajar terbabit cenderung untuk melakukan kegiatan ganas atau bertindak ala-samseng kerana didorng oleh perasaan kecewa atau ingin menarik perhatian.

pa terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan tumpuan terhadap anak-anak yang menyebabkan mereka mencari alternatif lain untuk melepaskan rasa kecewa dan marah,” uajrnya.

Selain itu katanya, faktor luaran seperti pengaruh rakan di luar sekolah dan ledakan teknologi maklumat yang tidak terbatas boleh meyebabkan seseorang pelajar itu bertindak ganas.

Dalam hal ini, Syed Ali mencadangkan supaya sekolah-sekolah memberi penekanan terhadap pendektan kaunseling untuk pelajar yang bermasalah.
 Beliau juga mencadangkan supaya pihak polis meningkatkan tahap rondaan di kawasan persekitaran sekolah bagi memastikan para pelajar tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat.






Tuesday, March 1, 2011

TPM RASMI KOLEJ BARU YPC-iTWEB

TIMBALAN Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia akan merasmikan kolej baru YPC-iTWEB, yang terletak di No.7 Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras Kuala Lumpur (bersebelahan Pusat Penjaja DBKL)  pada 24 Mac ini (Khamis) pukul 2.00 petang.

Kolej baru YPC-iTWEB yang dibina di atas kawasan seluas kira-kira satu ekar dengan menelan belanja sebanyak RM30 juta siap sepenuhnya awal tahun ini.

Kolej baru yang mempunyai empat tingkat itu pada awal penubuhannya pada tahun 2001 hanya menumpang di sebuah bangunan kedai.

Majlis pecah tanah pembinaan tapak kolej baru tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin.

Pengerusi YPC, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yakin dengan pembukaan kolej baru itu akan meningkatkan lagi penyertaan para pelajar khususnya daripada golongan berpendapatan rendah.

Beliau berharap dengan adanya kolej baru YPC-iTWEB, ianya memberi peluang kepada kolej ini untuk dinaikkan taraf kepada taraf universiti dengan menawarkan pengajian di peringkat ijazah dan Sarjana Muda.

“Kolej baru YPC-iTWEB ini adalah mercu tanda perjuangan kita untuk membangunkan ilmu pendidikan dengan mansasarkan para pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah supaya mereka menjadi warganegara berilmu yang berguna untuk masa depan negara,” katanya.