Sunday, March 10, 2013

Malam Cinta Rasul di Dataran Merdeka 23 Mac



Malam Cinta Rasul yang telah berjaya  menarik seramai lebih 10,000 pengunjung   di Stadium Badminton Cheras pada Januari 2013 yang lalu akan diadakan sekali lagi pada 23 Mac ini bertempat di Dataran Merdeka

Majlis siri kedua Malam Cinta Rasul anjuran Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) sekali lagi akan mengenengahkan  Habib Sheikh Al Sagof, Habib Zainal Abidin Ali dan Ustaz Don Danial sebagai tetamu yang akan mengetuai majlis ilmu ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan  timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pemimpin kanan kerajaan  dijangka  hadir dalam majlis ilmu ini.

Wednesday, September 19, 2012

SEMINAR KECEMERLANGAN PELAJAR UPSR TAHUN 2012


Kecemerlangan para pelajar dan peningkatan prestasi akademik telah menjadi agenda penting bagi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC). Sehubungan itu, YPC telah menganjurkan Seminar Kecemerlangan UPSR 2012 dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu dengan memberi tumpuan kepada murid-murid sekolah angkat YPC sendiri untuk meningkatkan bilangan murid yang akan memperoleh ‘semua A’ dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan awam berkenaan. Melalui usaha ini diharapkan kualiti pendidikan dapat diteruskan dan kuantiti kecemerlangan pelajar dapat ditambah baik.


Rasionalnya member pendedahan kepada calon UPSR 2012 tentang teknik menjawab dengan cemerlang dengan dibantu oleh barisan guru yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.


Matlamat untuk meningkatkan prestasi dan peratus murid mendapat ‘semua A’ dalam setiap mata pelajaran yang diambil dalam UPSR 2012 bagi sekolah-sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras.



Objektif ialah perkongsian teknik menjawab oleh guru-guru yang berpengalaman untuk memaksimumkan pencapaian calon-calon UPSR 2012 serta membimbing dan membina keyakinan calon-calon peperiksaan awam untuk menghadapi UPSR 2012.