Monday, September 21, 2015

IPG KAMPUS ILMU KHAS ANJUR DEBAT TERBUKA 2 OKTOBER

     Dr Raziah Abdullsh (tengah) bersama-sama rakan kolaboratif pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas(DeTIK) 2015 
     selepas sidang media pelancarannya di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas menganjurkan pertandingan debat terbuka yang bertujuan membincangkan hal ehwal pendidikan negara selama empat hari di kampus itu di Cheras, Kuala Lumpur bermula 2 Oktober ini.
Timbalan Pengarah IPG kampus Ilmu Khas, Dr. Raziah Abdullah berkata, pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas  (DeTIK) edisi kedua ini diharap dapat menjadi platform kepada pelajar dalam mempraktikkan kemaihran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui medium perdebatan dan perbincangan.
''Pada masa yang sama, DeTIK yang disertai 40 pasukan ini juga berupaya meningkatkan serta meluaskan kefahaman pelajar mengenai isu pendidikan sama ada di dalam atau diluar negara.
''Melalui wahana perdebatan ini diharap dapat memberikan impak yang positif, kesedaran yang tinggi dan pencerahan ilmu yang berguna kepada pelajar dalam membincangkan isu-isuyang berkaitan ,''katanya dalam sidang akhbar di kampus IPG Ilmiu Khas, Kuala Lumpur, baru -baru ini.
DeTIK dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia dan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.
Berbeza dengan pertandingan debat lain, 160 peserta DeTIK berusia 21 tahun ke bawah yang terdiri daripada penuntut IPG, institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, klej universiti dan politeknik.
Menurut Roziah, pertandingan ini masih baharu kepada para peserta justeru boleh dikatakan mereka ini dalam kalangan pendebat ' junior.'
''Yang penting melalui DeTIK, kami harap dapat melahirkan golongan ilmuanyang mampu untuk berhujah penuh berhemah di khalayak ramai disamping memupuk semangat kerjasama berpasukan yang tinggi,'' tegasnya
Selaint itu, jelas beliau, pertandingan debat dalam bahasa Melayu ini juga bertujuan meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa dengan baik dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat, selain memartabatkan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di persada negara, serantau dan antarabangsa.
''Kita juga berharap pelajar dapat mengenali budaya komunikasi yang sihat melalui perbincangan secara ilmiah di samping menjunjung tinggi semangat muhibah dalam kalangan wargapendidik dan memartabatkan ilmu dan nama baik IPG dalam bidang pengucapan awam dan perdebatan bahasa melayu,''
Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 kepada johan danRM1,500 untuk pemenang tempat kedua.
Peringkat akhir dan penyampaian hadiah akan disempurnakan olehTimbalan Menteri Pendidkan I, P. Kamalanathan pada 5 Oktober ini.
Selaku tuan rumah, IPG Ilmu Khas menghantar dua pasukan, begitu juga Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia manakala IPT lain menghantar satu pasukan sahaja. 

Sunday, September 20, 2015

YPC ANJUR SEMINAR PEPERIKSAAN

     Pelajar tingkatan tiga sekolah angkat YPC tekun menjawab soalan dalam Seminar Ppeperiksaan PT3 anjuran Yayasan 
     itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Yayasan Pendidkan Cheras, sejak sesi awal persekolahan tahun ini mengadakan seminar peperiksaan bagi meingkatkan persediaan 500 pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 dari sekolah-sekolah angkatnya.
Baru-baru ini, Bior Latihan dan Pendidikan YPC telah mengundang guru-guru subjek yang berpengalaman untuk membimbing pelajar tingkatan tiga memahami kaedah yang betul menjawab soalan mengikut kehendak struktur peperiksaan dalam satu Seminar Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di Kuala Lumpur. 
 Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, program pendidikan seperti ini akan diadakan secara berterusan agar pelajar di sekolah-sekolah  angkat YPC membuat persediaan secara lebih berfokus untuk menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). PT3 dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
''Seminar peperiksaan yang kita adakan ini, merupakan satu lagi komitmen berterusan YPC unrtuk membantu kecemerlangan sekolah-sekolah angkat.
Kita ingin melihat kejayaan yang berterusan di peringkat sekolah-sekolah angkat , hingga mampu menjadi contoh atau role model kecemerlangan kepada sekolah-sekolah lain, katanya - Artikel akhbar UM -21 Sept 2015