selepas sidang media pelancarannya di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas menganjurkan pertandingan debat terbuka yang bertujuan membincangkan hal ehwal pendidikan negara selama empat hari di kampus itu di Cheras, Kuala Lumpur bermula 2 Oktober ini.
Timbalan Pengarah IPG kampus Ilmu Khas, Dr. Raziah Abdullah berkata, pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) edisi kedua ini diharap dapat menjadi platform kepada pelajar dalam mempraktikkan kemaihran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui medium perdebatan dan perbincangan.
''Pada masa yang sama, DeTIK yang disertai 40 pasukan ini juga berupaya meningkatkan serta meluaskan kefahaman pelajar mengenai isu pendidikan sama ada di dalam atau diluar negara.
''Melalui wahana perdebatan ini diharap dapat memberikan impak yang positif, kesedaran yang tinggi dan pencerahan ilmu yang berguna kepada pelajar dalam membincangkan isu-isuyang berkaitan ,''katanya dalam sidang akhbar di kampus IPG Ilmiu Khas, Kuala Lumpur, baru -baru ini.
DeTIK dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia dan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.
Berbeza dengan pertandingan debat lain, 160 peserta DeTIK berusia 21 tahun ke bawah yang terdiri daripada penuntut IPG, institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, klej universiti dan politeknik.
Menurut Roziah, pertandingan ini masih baharu kepada para peserta justeru boleh dikatakan mereka ini dalam kalangan pendebat ' junior.'
''Yang penting melalui DeTIK, kami harap dapat melahirkan golongan ilmuanyang mampu untuk berhujah penuh berhemah di khalayak ramai disamping memupuk semangat kerjasama berpasukan yang tinggi,'' tegasnya
Selaint itu, jelas beliau, pertandingan debat dalam bahasa Melayu ini juga bertujuan meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa dengan baik dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat, selain memartabatkan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di persada negara, serantau dan antarabangsa.
''Kita juga berharap pelajar dapat mengenali budaya komunikasi yang sihat melalui perbincangan secara ilmiah di samping menjunjung tinggi semangat muhibah dalam kalangan wargapendidik dan memartabatkan ilmu dan nama baik IPG dalam bidang pengucapan awam dan perdebatan bahasa melayu,''
Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 kepada johan danRM1,500 untuk pemenang tempat kedua.
Peringkat akhir dan penyampaian hadiah akan disempurnakan olehTimbalan Menteri Pendidkan I, P. Kamalanathan pada 5 Oktober ini.
Selaku tuan rumah, IPG Ilmu Khas menghantar dua pasukan, begitu juga Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia manakala IPT lain menghantar satu pasukan sahaja.
No comments:
Post a Comment